Featured By: tex_admin April 27, 2018 @ 9:00am

Apa Kata Selebriti? Kenapa Wanita Perlu Mengundi

Tanggal 9 Mei 2018 merupakan tarikh keramat bagi seluruh rakyat Malaysia untuk keluar mengundi. Setiap 5 tahun, Pilihan Raya Umum (PRU) akan diadakan bagi rakyat Malaysia untuk membuat pilihan pemimpin yang bakal memimpin negara kita untuk jangka masa 5 tahun akan datang.

Mengundi menjadi salah satu tanggungjawab kita kerana setiap undian amat bermakna untuk menentukan sesebuah tampuk pemerintahan yang baharu. Tidak kira jantina, mereka yang berumur 21 tahun ke atas diwajibkan untuk pergi mengundi di kawasan masing-masing.

Tidak ketinggalan, golongan dalam industri hiburan tanah air juga tidak terlepas dalam menjalankan tanggungjawab mereka untuk mengundi. Kenapa semua pihak wajib mengundi? Berikut merupakan pendapat para selebriti wanita mengenai Pilihan Raya Umum ke-14.

1. Nora Danish

Foto: Instagram Nora Danish

“Wanita perlu mengundi kerana kita mempunyai suara penting di dalam komuniti dan hak untuk menentukan siapakah pemimpin yang diinginkan sekaligus dapat memberikan keserataan hak kepada wanita di dalam pelbagai sektor.”

“Harapan saya untuk PRU kali ini, saya mengharapkan kerajaan yang memimpin negara bagi penggal yang seterusnya, dapat mengangkat status wanita ke tahap lebih tinggi dan membela nasib wanita yang sering kali dikaitkan sebagai mangsa penganiayaan atau keganasan rumah tangga, sindiket pemerdagangan manusia dan siber buli.”

“Malah saya juga berharap, masyarakat mempercayai kebolehan mereka dalam kerjaya, bidang perniagaan dan politik, kerana wanita sememangnya dilahirkan seorang yang amanah dan multitasking.

2. Fara Fauzana

Foto: Instagram Fara Fauzana

“Wajib mengundi! Saya sendiri sudah 2 kali pergi mengundi sebelum ini, jadi bagi saya kita perlu mengundi untuk negara kita. Undi kita sangatlah berharga!”

“Saya harap untuk PRU kali ini Kementerian Wanita dapat memperluaskan lagi ke arah digital world untuk melengkapkan serta membantu kita untuk menghadapi digital world yang semakin maju pada masa akan datang.”

3. Ayda Jebat

Foto: Instagram Ayda Jebat

“Bagi saya masyarakat sekarang ini sudah semakin bijak dan saya harap semua orang di luar sana mengundi dengan pilihan sendiri bukan terikut dengan ajakan kawan atau sebagainya. Satu undian daripada kita amatlah penting. Masa PRU inilah kita berpeluang untuk menyuarakan pendapat kita tentang siapa yang layak untuk menjadi pemimpin di negara ini.”

4. Fouziah Gous

Foto: Instagram Fouziah Gous

“Kalau kita tak undi, siapa lagi nak undi? Sememangnya mengundi adalah tanggungjawab kita. Mengundi ini bukan satu perkara yang syok sendiri, kita mengundi untuk mengetahui siapa yang layak untuk dijadikan sebagai pemimpin.

“Saya berharap, PRU kali ini akan berjalan dengan lancar, aman dan damai sekaligus menjadi yang terbaik untuk negara kita.”

5. Nelydia Senrose

Foto: Instagram Nelydia Senrose

“Saya mengharapkan semua memilih dengan tepat dan siapa sahaja yang memimpin selepas ini saya mengharapkan yang terbaik. Saya juga berasa berkobar-kobar untuk pergi mengundi pada 9 Mei nanti. Semoga PRU kali ini berjalan dengan lancar.”

6. Wany Hasrita

Foto: Instagram Wany Hasrita 

“Sebagai wanita, kami pun berhak untuk membuat pilihan. Sudah tentu kita sebagai rakyat Malaysia perlu menunaikan tanggungjawab untuk pergi mengundi dan memilih siapa pemimpin yang kita suka dan layak untuk memimpin negara. Pergilah mengundi!”

7. Uyaina Arsyad

Foto: Instagram Uyaina Arsyad

“Sebagai seorang wanita yang bekerjaya, mengundi adalah sesuatu kewajipan dan ia merupakan tugasan kita kepada negara. Tidak kira lelaki ataupun wanita apabila sudah cukup umur lakukan tanggungjawab anda!

“Lagipun, negara kita adalah sebuah negara yang demokrasi yang membolehkan rakyat untuk membuat pilihan. Jadi, kalau kita tidak mengundi macam mana kita hendak pilih kerajaan untuk diri kita sendiri dan perkara ini juga akan memberi kesan bukan sahaja untuk diri kita tetapi untuk anak dan cucu kita nanti. Jadi, perlu mengundi!”

8. Amira Othman

Foto: Instagram Amira Othman

“Mira rasa baik wanita mahupun lelaki, memang perlu mengundi. Kita sebagai rakyat Malaysia mempunyai hak dan pendapat masing-masing tentang siapa yang kita sokong ataupun tidak. Selain itu, melalui undian kita juga ia dapat mengubah negara untuk menjadi lebih baik. Harapan saya, sama-samalah kita membuat pilihan yang terbaik!”

9. Bella Dally

Foto: Instagram Bella Dally

“Kita perlu mengundi supaya negara kita menjadi lebih maju dan saya sarankan kepada semua rakyat Malaysia untuk keluar mengundi dan lakukan undian yang bijak. Harapan saya juga supaya pihak kerajaan terus menambah baik dalam bidang industri hiburan.”

10. Mira Filzah

Foto: Instagram Mira Filzah

“Bukan sahaja sebagai wanita tetapi sebagai rakyat Malaysia, kita memang perlu mengundi kerana ia adalah tanggungjawab kita untuk memilih siapa yang akan memimpin negara kita dengan lebih baik pada masa akan datang.

“Semoga pemimpin yang menang nanti akan memberikan rakyat Malaysia sesuatu yang lebih baik. Sebab kita semua mengharapkan daripada mereka untuk menjaga negara kita.”

Jadi, kepada semua rakyat Malaysia, jangan lupa laksanakan tanggungjawab anda untuk mengundi. Buat pilihan yang bijak demi masa depan negara.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 26 Dec 2023
Featured Tue, 24 Aug 2021

Hukuman Penjara 13 Bulan Farid Kamil Diganti Denda RM 5,500

Pelakon Farid Kamil yang diperintahkan untuk dipenjarakan selama 13 bulan bagi kesalahan melibatkan kekerasan hari ini berdepan hukuman denda sebanyak RM5,500. Pesuruhjaya Kehakiman Nurulhuda Nur’aini Mohamad Nor di Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan rayuan dibuat […]

Featured Mon, 11 Mar 2024
Trending Mon, 11 Jan 2021
Featured Fri, 9 Sep 2022
Featured Tue, 6 Feb 2024

Kes Rasmi Ditarik Balik, Mizz Nina Ibu Angkat Yang Sah! -“Kami Mempunyai Dokumen Yang Tidak Tertulis Nama Noh”

Moga keputusan yang diberikan pihak Mahkamah adalah yang terbaik buat semua pihak

Featured Sun, 19 Jun 2022