Trending By: Padin February 15, 2021 @ 4:47pm

Armada BERSATU Puji Usaha Pemerkasaan TV Pendidikan

Bermula 17 Februari ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memperkenalkan saluran khusus TV Pendidikan yang dikenali sebagai DidikTV KPM.

Saluran ini bersiaran bermula jam 7.00 pagi hingga 12.00 tengah malam setiap hari dan kewujudan saluran khusus ini merupakan usaha berterusan KPM dalam meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti bagi semua murid di seluruh negara.

Usaha terbabit mendapat perhatian Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi BERSATU Malaysia.

Menerusi sebuah kenyataan, mereka menzahirkan rasa tahniah dan ucapan terima kasih kepada Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin atas inisiatif ini.

Ucapan terbabit disampaikan oleh Mohd Ashraf Mustaqim selaku Ketua Penerangan Armada Bersatu menerusi laman Facebook rasmi mereka.

“DIDIK TV: TAHNIAH DR. RADZI JIDIN ATAS PEMERKASAAN TV PENDIDIKAN.

“Masih belum terlambat kiranya bagi Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi BERSATU Malaysia untuk menzahirkan rasa tahniah sebegitu ucapan terima kasih kepada Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin kerana bermula 17 Februari 2021 atas inisiatif dan kesungguhan beliau sedikit sebanyak telah berjaya menyelesaikan salah satu permasalahan besar terkait Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) apabila langkah lebih proaktif telah diambil pihak beliau menerusi Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memastikan salah satu siaran televisyen iaitu NTV7 mencapai taraf ‘saluran khas’ yang semata memfokuskan kepada pembelajaran di peringkat sekolah dikenali sebagai Didik TV.

“Didik TV melengkapi selaku satu saluran khusus di samping beberapa lagi saluran yang turut menyediakan waktu penyiaran (airtime) secara percuma bagi tujuan PdPR antaranya TV OKEY RTM, ASTRO TUTOR 601 & 602.

“Semestinya segala penghargaan wajar diberikan kepada Dr. Radzi Jidin apatah lagi atas segala usaha dan perbincangan demi perbincangan sehingga Didik TV@ntv7 termeterai, menjadikan inisiatif ini kali pertama KPM memperkenalkan saluran khusus TV Pendidikan secara terestrial dengan pengisian dari 7.00 pagi hingga 12.00 tengah malam setiap hari.

“Sebelum ini, pihak ARMADA melalui kenyataan Ketua ARMADA Nasional, Wan Ahmad Fayhsal bertarikh 23 Februari 2021 telah mencadangkan untuk siaran Pendidikan dipertingkatkan mengambilkira inisiatif KPM melalui pewujudan TV Pendidikan telah dimulakan sejak 6 April 2020 iaitu bulan seterusnya sejurus perlaksanaan PKP yang pertama.

“Kerana itu ARMADA memandang kejayaan Dr. Radzi Jidin dan pasukan KPM mempertingkatkan waktu siaran sekaligus menjadikan NTV7 sebagai saluran khsus TV Pendidikan (DidikTV) adalah langkah yang paling baik dalam menyelesaikan masalah utama pelajar terkait PdPR seperti kekurangan peranti, gajet atau data internet. Syabas KPM, terima kasih atas kesungguhan demi kelestarian pendidikan anak bangsa!” tulisnya.

Sebelum ini KPM telah menyediakan program TV Pendidikan selama sebelas jam melalui TV Okey RTM, Tutor TV ASTRO dan DidikTV@ntv7.

Kini, buat pertama kalinya KPM memperkenalkan saluran khusus TV Pendidikan secara terestrial dengan pengisian dari 7.00 pagi hingga 12.00 tengah malam setiap hari.

DidikTV KPM boleh ditonton menerusi saluran 107 di MYTV, saluran 147 di ASTRO dan saluran ntv7 di TV UNIFI.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 11 Oct 2022

Bait Lirik ‘Mungkin Hanya Tuhan’ Dalam Lagu Kaulah Segalanya Cetus Kontroversi, Fedtri Yahya Tampil Buka Mulut – “Siti Nurhaliza Antara Yang…”

Apa pendapat korang mengenai lirik lagu ‘Mungkin Hanya Tuhan Yang Tahu Segalanya’ yang dikatakan kontroversi ni? 🤔

Hiburan Thu, 13 Jul 2023
Trending Tue, 9 Jul 2019

Malaysian “Phoenix” Proves Hijabis Can Kick Ass Too!

Sophie Turner who? We don’t know her. The only Phoenix we know is Nor “Phoenix” Diana.

Featured Fri, 18 Aug 2023

[VIDEO] Sweet! Sharnaaz Ahmad Sambut Birthday Amelia Christie, Telatah Jebat Jayden Curi Perhatian

Alahai sweetnya tengok Amelia layan Jebat Jayden, comelll je terbaiklah Mamu 🤪🤪

Featured Thu, 12 May 2022
Trending Sat, 18 Dec 2021

Banjir Melanda Pusat Dagangan Dunia KL, Anugerah Drama Sangat 2021 Ditangguhkan

Anugerah Drama Sangat 2021 yang berlangsung sebentar tadi terpaksa ditangguhkan dan pemenang bagi lima kategori lain bakal diumumkan esok. Penangguhan ini disebabkan oleh bencana banjir yang melanda Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL), tempat […]

Featured Mon, 3 Oct 2022

Transisi Baru Emma Maembong Berambut Pendek Curi Perhatian!

Semua pun lawa… tapi kalau berhijab lagi lawa!🤞