Featured By: Yanie Baharom April 1, 2020 @ 2:00pm

Artis Malaysia sibuk berperang, bintang X-Men James McAvoy beri sumbangan RM1.5 juta

Sejak Perdana Menteri mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) berjumlah RM250 bilion bagi meringankan beban masyarakat tempatan yang sedang berdepan dengan kemelut wabak COVID-19, minggu lalu, pelbagai pihak melahirkan kesyukuran.

Meskipun disambut baik oleh rakyat terutamanya golongan B40 dan M40 yang amat memerlukan bantuan itui, timbul pula pertikaian dalam kalangan selebriti termasuk pengusaha perniagaan yang turut sama menuntut hak mereka.

Jika anda pengikut tegar laman sosial seperti Instagram dan Facebook, anda dapat melihat perbalahan yang sedang berlaku di antara artis senior dengan pelakon kontroversi, Zarina Anjoulie.

Perbalahan berlaku apabila Zarina menegur sikap artis yang sibuk mempertikaikan PRIHATIN yang dikatakan hanya memberi tumpuan kepada golongan B40, malah ada yang membuat pelbagai tuntutan berserta insentif yang tak masuk dek akal.

Foto: Archive Hijab & Heels

Kelantangan Zarina, mendorong sekumpulan artis senior mewujudkan pakatan untuk menjatuhkan personaliti media sosial itu. Bagaimanapun sebilangan besar selebriti tempatan mengambil sikap berkecuali dan meneruskan aktiviti kebajikan secara sendirian mahupun bergerak dalam kumpulan yang kecil.

Barang kali, artis Malaysia boleh menjadikan bintang antarabangsa sebagai contoh dalam menghadapi kemelut wabak COVID-19 ini.

Jauh sekali meminta bantuan daripada kerajaan, kerana mereka sendiri terlebih mampu dan hal ini sememangnya tidak boleh dibandingkan dengan selebriti Malaysia.

Menggunakan pengaruh dan populariti mereka, golongan selebriti bukan saja dapat membantu rakan-rakan seindustri yang memerlukan, tetapi juga masyarakat umum.

Bintang Hollywood, James McAvoy misalnya membuat sumbangan sebanyak A$342,500 (RM1.5 juta) bagi membeli alat pelindungan diri (PPE) untuk pasukan perubatan menghadapi penyebaran wabak Covid-19.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

LINK IN BIO. #masksfornhsheroes #masks4nhsheroes #protectthenhs #frontline #nhs #stayathome #coronavirus #covid19 @crowdfunderuk #thankyounhs

A post shared by James Mcavoy (@jamesmcavoyrealdeal) on

Menurut laporan Aceshowbiz, pelakon berumur 41 tahun ini turut mengajak orang ramai untuk membantu petugas barisan hadapan.

“Keadaan ini sangat penting kerana wang yang disumbangkan hari ini akan menyelamatkan nyawa ramai orang.

“Oleh itu, tolong kami untuk membantu kerajaan dan petugas barisan hadapan untuk menyelamatkan nyawa,” katanya dalam satu video yang dimuat naik di laman Instagram peribadinya.

Sumbangan tersebut akan disalurkan menerusi kempen #Mals4NHSHeroes yang dimulakan oleh sekumpulan doktorberikutan kesempitan petugas kesihatan membeli peralatan PPE bagi petugas barisan hadapan seperti sarung tangan, penutup muka, pelindung mata dan baju pelindung.

Pada mulanya projek itu hanya meletakkan sasaran sebanyak AS$249,000 (RM1 juta), namun sasaran itu segera tercapai selepas pelakon X-Men itu menyerahkan sumbangan peribadinya.

Macam inilah baru betul!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 13 Jun 2019

Ketahui masa paling selamat bagi wanita hamil untuk menaiki pesawat

Ketahui juga panduan untuk menaiki kapal terbang dengan selamat ketika hamil.

Trending Sun, 17 Jan 2021

Tarikh Pembayaran BPR 2021 & Kadar Bantuan

Jangan terlepas tarikh-tarikh penting ni!

Featured Mon, 1 Jun 2020

Janna Nick kongsi senaman mudah untuk kecilkan paha

Jika dia berjaya, anda juga boleh!

Trending Fri, 5 Jul 2019

Shocking origin of the name Boba

You’ll never see Boba the same way again, but that doesn’t stop you from drinking it though.

Trending Sun, 8 Jul 2018

Tabung Derma Dibekukan?

Bagaimanapun, tabung derma bantuan kepada bekas perdana menteri yang dikendalikan oleh bekas Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Razlan Rafii masih beroperasi.

familuv Mon, 21 May 2018
Trending Thu, 21 Jun 2018

Najib ‘Explains’ Why He Had So Much Cash and Luxury Items

Trust me, you’ll LOVE to see what he had to say.

| Live TV