Categories: Trending

“Ashraf Sekarang Adalah Malaikat Yang Menjaga Saya” – Aishah Sinclair Imbau Nostalgia Kanak-Kanak

Dunia hiburan dikejutkan dengan berita pemergian suami kepada aktres dan penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari iaitu arwah Ashraf Sinclair di Rumah Sakit Metropolitan Medical Centre (MMC), Kuningan, Jakarta, pada jam 5.51 pagi waktu Malaysia.

Pemergian Ashraf bukan sahaja memberi kesedihan buat keluarga dan teman rapat, malah turut dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia dan Indonesia 

Terbaharu, adiknya Aishah Sinclair berkongsi di laman media Instagram miliknya tentang sifat arwah dan mengimbau semula kenangan sewaktu membesar bersama Ashraf.

 

Sentiasa Ada Masa Walupun Sibuk

Kata Aishah, Ashraf menjadi pelindung sewaktu kecil dan menjadi tempat rujukan buatnya apabila telah dewasa.

“Ketika membesar, abang adalah suara saya. Abang menjadi pelindung dan pada masa sama memarahi saya jika keadaan menjadi tidak terkawal kerana ketika kecil saya memang nakal. Apabila sudah dewasa, abanglah yang saya rujuk setiap kali mahu membuat keputusan penting termasuk dalam karier mahu pun fesyen.Abang sentiasa ada masa untuk saya, biar sesibuk mana pun,” luah Aishah Sinclair.

 

Biarpun Singkat, Aishah Akan Contohi Kebijaksanaan Arwah

Aishah yang mendapat tahu berita pemergian Ashraf kira-kira 10 minit sebelum ke udara di konti stesen radio Mix FM, Selasa lalu, sedih kerana arwah terlalu cepat meninggalkan semua orang.

“Kita tidak dapat menghabiskan perbualan terakhir. Saya tidak boleh peluk atau bergurau-senda lagi dengan abang.Namun, saya rasa sangat diberkati kerana dikurniakan abang dalam hidup ini, biarpun singkat,” katanya.

Aishah berharap dapat mencontohi kebijaksanaan, ilmu dan kasih-sayang dikongsi arwah, selain meneruskan legasinya dengan pemergian Ashraf ke negeri abadi.

 

Akan Jaga BCL Dan Noah Sebaiknya

Aishah juga berjanji untuk menjaga kakak iparnya, Bunga Citra Lestari dan Noah sebaik mungkin sepertimana arwah menjaganya sewaktu beliau kecil.

“Abang menghadiahkan saya kakak ipar dan anak saudara yang menakjubkan. Saya akan jaga mereka sebaik mungkin seperti apa yang abang buat kepada saya,” katanya.

 

 

Aishah mengakhiri posting dengan melafazkan kata-kata yang sangat meruntun jiwa. 

“Seluruh hidup abang adalah penjaga saya, sekarang abang adalah mailakat yang mengawasi saya.

Sumber foto: Instagram Aishah Sinclair

Baca juga: “Kau Pergi terlalu Awal Sahabatku” – Sazzy Falak Jumpa Ashraf Sinclair buat Kali Terakhir

Syafiqa Irdina