Trending By: Salma Syahbuddin July 15, 2020 @ 1:00pm

Asrama Sekolah Kembali Beroperasi Tetapi Dengan Syarat…

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan asrama sekolah yang mempunyai ruang terhad dibenarkan untuk kembali beroperasi secara bersyarat.

Tiga syarat yang telah ditetapkan

Sumber : Google

Menerusi Garis Panduan Pengurusan Asrama dikeluarkan, KPM menetapkan tiga syarat termasuk membabitkan penggunaan bilik khas asrama dijadikan bilik tidur murid.

Malah, Kementerian Pendidikan memaklumkan murid dibenarkan berulang alik dari kediaman ke sekolah dengan persetujuan ibu bapa atau penjaga, dengan keutamaan tinggal di asrama perlu diberikan kepada murid berdasarkan ketetapan tertentu.

  1. Murid yang tinggal jauh dari sekolah
  2. Murid adalah dari keluarga kategori B40
  3. Murid tidak dapat hadir ke sekolah jika tidak diberikan kemudahan untuk tinggal di asrama
  4. Murid yang tinggal di tempat yang sukar untuk mendapatkan kemudahan pengangkutan ATAU berlakunya ancaman keselamatan ATAU ibu bapa berada ATAU tinggal di luar negara.

Selain itu, antara syarat lain yang dikenakan kepada pelajar adalah, asrama sekolah berhampiran boleh digunakan untuk menempatkan murid daripada sekolah berhampiran dengan persetujuan ibu bapa atau penjaga, dengan penempatan diurus dan diselaraskan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) serta Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

SOP bilik asrama

Sumber : Google

Untuk makluman, tingkat atas dan bawah katil dua tingkat boleh digunakan dengan penjarakan satu meter.

Manakala, penghadang fabrik selebar satu meter dipasang pada sisi kiri dan kanan katil daripada lapik tilam tingkat atas ke lapik tilam tingkat bawah katil dua tingkat, serta perlu disanitasi sekurang-kurangnya sekali sehari.

Sumber : Google

Sekiranya penjarakan katil satu meter tidak dapat dilaksanakan, pihak sekolah hendaklah meletakkan penghadang antara katil dua tingkat seperti almari dan lain-lain yang bersesuaian.

Bagi pengurusan dewan makan pula, makanan boleh disajikan menggunakan kaedah bufet, berhidang secara individu atau berbungkus, selain pekerja dewan makan atau pramusaji sahaja dibenarkan mencedok makanan.

Sekiranya murid mempunyai simptom?

Bagi murid yang mempunyai simptom pula, mereka akan diletakkan di bilik sakit atau kesihatan dan diasingkan daripada murid sakit lain sementara menunggu untuk dibawa mendapatkan rawatan.

” Selain itu, pelawat tidak digalakkan. Pelawat yang hadir mesti diimbas suhu badan dan perlu memakai pelitup muka semasa berjumpa dengan murid.

“Ibu bapa atau penjaga mempunyai anak dengan imuniti badan rendah digalakkan membekalkan anak dengan pelitup muka secukupnya” Katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 29 Jan 2020
Trending Fri, 13 Mar 2020

[TERKINI] Pelawat Tidak Dibenarkan Berada Di Hospital, Covid-19 Catat Kes Pertama Di Sabah

Takutnya min dengar, semoga warga Tawau juga dilindungi dari penularan virus ini

Trending Thu, 19 Jul 2018

Kenapa Hanya 2 Ulas Durian Untuk Setiap Hidangan

Kenapa hanya 2 ulas durian untuk setiap hidangan . Perlu elakkan pengambilan yang berlebihan

Trending Mon, 5 Aug 2019

Polis Nafi Kes Culik Tentang Kes Remaja Hilang

Berita kehilangan remaja berkenaan turut disiarkan oleh media antarabangsa.

Trending Tue, 18 Sep 2018

Beli Ubat Hormon Mencecah RM 1 Juta, Rosmah Bakal Hadapi 20 Pertuduhan

RM 1 juta untuk produk keremajaan kulit Datin Rosmah Mansor!

Trending Sun, 17 Feb 2019

Resorts World Genting Spreads the Love this Valentine’s Day to 150 Hospitalised Children

What better way to celebrate this day of love than making sick children feel better?

Trending Sun, 19 May 2019

Anak Minta Henti Sebar Gambar Ibu Kemalangan

“Tolong Delete Atau Segera Hapuskan Gambar Mami”,

| Live TV