Categories: Kes MahkamahTrending

Atas Faktor Masa & Wang, Ahli Keluarga Mangsa Amang Seksual PU Azman Dedah Tarik Balik Laporan?

Umum mengetahui mengenai kes amang seksual fizikal yang melibatkan pendakwah bebas, PU Azman dan beberapa orang mangsa remaja lelaki.

Susulan itu, beberapa orang saksi telah dipanggil untuk memberi keterangan dan kenyataan mengenai tuduhan yang dibuat ke atas pendakwah itu.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah seorang individu lelaki yang mengaku sebagai ahli keluarga seorang mangsa amang seksual menyatakan bahawa mereka telah menarik balik laporan polis.

Menerusi komen yang ditinggalkan individu itu, dia menyatakan bahawa mereka menarik balik laporan atas sebab perlu memberi komitmen sehingga memperuntukkan wang dan masa yang banyak.

Jelas individu itu lagi, untuk memberi keterangan juga bukanlah sesuatu yang mudah seperti yang disangkakan.

Malah, bahasa yang digunakan juga tidak berlapik sehingga berasa malu untuk dikatakan.

Kata individu itu, mereka sekeluarga sudah reda dengan perkara ini dan tidak ingin bercerita lagi malah berasa kasihan dengan mangsa yang trauma dengan insiden itu.

Individu itu juga mendoakan supaya pelaku tersebut bertaubat.

Untuk makluman,pada 12 Oktober 2022, PU Azman didakwa atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal ke atas dua remaja lelaki pada Februari dan Julai tahun lalu.

Sumber: Instagram mStar

Atiqah Johari