Categories: Trending

Awas! Botol air yang ditinggalkan boleh menyebabkan kereta terbakar! Ini sebabnya

 Oleh Syarifah Fatin Anisa 

Anda pasti sering diingatkan untuk tidak meminum air yang dibiarkan di dalam kereta.

Ini kerana, ia dikhuatiri mengandungi bahan kimia daripada botol plastik yang akan mempengaruhi kesihatan.

Begitupun, terdapat sebab yang lebih utama anda perlu berhenti meninggalkan botol air di dalam kereta.

Kereta anda sebenarnya boleh terbakar dengan tiba-tiba kerana air di dalam botol boleh bertindak sebagai kanta pembesar di bawah sinaran cahaya matahari.

Jika ia dibiarkan terlalu lama, cahaya matahari akan membakar tempat duduk kereta anda secarara perlahan-lahan.

Menurut laporan oleh PNJ, seorang juruteknik bateri dari Idaho, Amerika Syarikat mendapati tempat duduk keretanya diselubungi asap kecil.

Lihat video untuk mengetahui proses kebakaran tersebut terjadi.

Mental Floss juga melaporkan sebuah eksperimen kebakaran yang dilakukan oleh Jabatan Bomba Oklahoma terhadap kejadian ini.

Mereka mengesahkan bahawa kejadian malang ini boleh berlaku terutamanya dalam cuaca yang panas.

Cuaca yang panas di Malaysia boleh menjadi antara faktor penyebab kepada kejadian ini.

Oleh itu, berhati-hatilah dalam memastikan anda tidak meninggalkan botol air di dalam kereta selepas ini ya!

Sumber: World of Buzz

tex_admin