Trending By: Padin January 25, 2022 @ 3:07pm

Awas… Diva AA Akan Terus Tegur Jika Ada Isu Babitkan Industri Seni!

Pengacara sensasi, Azwan Ali, 56, akan terus menegur mana-mana pihak yang menimbulkan isu dalam industri seni tempatan.

Menurut hos berpengalaman yang dikenali sebagai Diva AA ini, dia geram melihat segelintir individu yang sengaja membuat kontroversi.

“Saya sudah berada di dalam industri ini lebih dari 33 tahun. Siapa pun tidak sangka selepas 10 tahun mendiamkan diri, kini saya kembali. Kalau ditanya apa puncanya, tidak ada apa pun, cuma saya enggan mengambil sebarang tugasan ketika itu. Saya duduk di London tetapi kontroversi terus berlegar-legar.

“Saya ingatkan kontroversi 10 tahun lalu berbeza dengan tahun 2022. Ikhlas saya cakap saya dah lalui semuanya, macam-macam cerita dah keluar.

“Saya tidak menyangka sehingga tahun ini nama dan kontroversi Diva AA berada di tahap yang menggunung. Saya terkejut sebab ingatkan ia semakin tenggelam sebab sebelum saya membawa diri ke London 10 tahun lalu, saya kecewa dengan apa yang orang kecam saya.

“Tetapi kini tidak lagi kerana ia telah berubah dan perasaan geram saya semakin menebal. Saya pernah dikecam lebih dari 50 status sehari. Sanggup ke dengan kecaman sebegitu?” katanya.

Kenyataan Azwan itu juga merujuk kepada isu tular membabitkan ciapan di Twitter yang didakwa mengecam pembabitan seorang juri program realiti yang ditayangkan tahun lalu.

Biarpun tidak menamakan sebarang individu, ramai yang merasakan ciapan Azwan itu ditujukan kepada selebriti Kelly Azman berdasarkan sindiran ‘pakai kanta 3 kilometer’.

Secara kebetulan, Azwan bersua dengan Kelly dalam sebuah acara baru-baru ini dan menurut Kelly, dia tidak terasa hati dengan sindiran Azwan.

“Saya sudah lama di dalam industri ini. Sama seperti Diva AA saya pun sudah lali dengan pelbagai kecaman termasuk darinya kerana kami pun sudah lama saling mengenali.

“Apapun saya hanya ingin memberi fokus kepada karier dan buatkan orang ramai terhibur. Jadi terserah kepada mereka untuk berkata-kata kerana saya hanya menjadi diri saya sendiri dan ingin menjadi penghibur,” kata Kelly.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 25 Mar 2022

#HelloPadin: Netizen… Jangan Cepat Jatuhkan Hukum, Umpama Kita Paling Maksum!

Dunia ini berputar. Kadang di atas, kadang di bawah.

Trending Fri, 23 Apr 2021

Tarikh Bayaran BPR Fasa 2, Jom Semak Jumlah Baki Mengikut Kategori

Byaaran akan dibuat pada bulan hadapan….

Featured Thu, 4 Aug 2022

Didakwa Telah Bercerai, Ini Respons Pengurus Noh Salleh – “Tunggu Berita Daripada Kami”

Apapun, kita kena tunggu respons tuan empunya badan dulu. Kita doakan yang baik-baik je okay.

Hiburan Sun, 30 Apr 2023
Trending Fri, 22 Jun 2018

‘Jasad’ Michael Jackson Dibangkitkan Semula Dalam Sebuah Teater Muzikal

Teater muzikal itu akan mendapat sentuhan penulis Lynn Nottage dan diarahkan oleh Christopher Wheeldon.

Featured Wed, 30 Mar 2022
Featured Tue, 8 Nov 2022

Comelnya! Gelagat Anak Eyra Hazali Merengek Nak Gift Lion Raih Perhatian Netizen

Anak kepada pelakon Eyra Hazali, Hayder Qhalish sekali lagi mencuri tumpuan warganet dengan telatah comelnya. Menerusi perkongsian yang dimuat naik di akaun TikTok @waaa., gelagat Hayder yang merengek meminta ‘lion’ dari bapanya, Haziq Nadzli telah […]