Seorang ayah pasti akan melakukan yang terbaik buat anaknya, biarpun terpaksa berpenat lelah dan berhujan panas demi sesuap rezeki.
Baru-baru ini, sekeping gambar yang menyentuh perasaan tular di media sosial negara jiran.
Dalam foto berkenaan, seorang individu berkostum arnab duduk bersandar di sisi seorang kanak-kanak lelaki yang didakwa sedang menikmati makanan.
Menurut sumber, susuk di dalam kostum tersebut merupakan ayah kepada kanak-kanak berkenaan, sekaligus membuatkan orang ramai pilu menyaksikan situasi itu.
Kedua-dua mereka didakwa sering dilihat berhampiran sebuah kampus universiti di Jawa Barat Indonesia.
“Lelaki dan kanak-kanak itu kerap ditemui di tepi kampus Gunadarma, Margonda, Depok. Tepatnya di jambatan ke arah stesen Pondok Cina,” lapor Makassar Terkini.
Sumber: Makassar Terkini