Categories: Trending

“Ayah Suruh Juga Saya Datang Konvokesyen…” – Momen Gembira Menjadi Sebak, Bapa Meninggal 15 Minit Sebelum Graduan UniSZA Terima Skrol

Graduan Sarjana Muda Hubungan Antarabangsa (dengan Kepujian) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Haslina Kalang, 23, menerima khabar duka pemergian bapanya kira-kira 15 minit sebelum naik ke pentas untuk menerima skrol ijazah dalam Majlis Idul Ilmi Konvokesyen UniSZA ke-15, pada Isnin.

Haslina menerima khabar duka mengenai bapanya, Kalang Tona, 56, melalui satu panggilan telefon dari jirannya di Tawau, Sabah.

Memetik laporan mStar, Haslina bimbang untuk meninggalkan bapanya dilaporkan mengalami strok di kampung namun dia dipaksa oleh Kalang untuk hadir ke hari konvokesyen tersebut.

Gadis itu mengaku reda dengan takdir Tuhan dan kuat untuk naik ke pentas bagi menerima skrol.

“Ayah suruh saya datang juga konvokesyen dan dia nak saya naik ke pentas menerima ijazah.

“Saya tak sangka ayah pergi dulu sebelum saya naik ke pentas. Bagaimanapun saya kuat untuk naik juga sekejap menerima skrol”, katanya.

Menurut Haslina, dia bersyukur kerana telah berbakti menjaga bapanya sepenuh masa setelah tamat belajar.

Pihak UniSZA bermurah hati menyampaikan sumbangan wang tunai RM2,500 kepada Haslina untuk membeli tiket penerbangan pulang ke Tawau.

Sumber: mStar
Kredit Foto : SinarPlus

Syamir Shafie