Categories: Trending

Azhar Sulaiman Minta Sarah Yasmine Berhenti Cetus Huru-Hara – “Stop Burning My Friends & Industry”

“Enough, cukup Sarah Yasmine!,” demikian kata pelakon Azhar Sulaiman yang meminta kekasih gelap penyanyi, Aliff Aziz itu berhenti mencetuskan huru-hara dalam industri hiburan tanah air, sejak minggu lalu.

Enggan kontroversi curang membabitkan rumah tangga Aliff Aziz, Bella dan Ruhainies semakin kronik, Azhar tegas meminta Sarah untuk berhenti mengeruhkan lagi keadaan.

Menurut Azhar, wanita itu sudah pun mendedahkan perkara yang sepatutnya dan tidak perlu berlebih-lebihan kerana mampu menggugat keharmonian negara.

“Stop burning my friends and my industry. Yes, Allah SWT hantar you untuk membuka cerita.

“Berhentilah sekarang demi keharmonian rakyat Malaysia. You have made your point Girl. Don’t milk the situation,” katanya menerusi sebuah hantaran di Instagram sebelum perkongsian itu dipadam.

Sebelum ini, Sarah yang tiba-tiba muncul mengakui dirinya adalah salah seorang kekasih Aliff tampil melondehkan segala perbualan penyanyi Singapura itu dengan aktres, Ruhainies yang dipercayai ingin menjatuhkan isterinya, Bella Astillah.

Dek kerana pendedahan itu, nama Sarah semakin menjadi tumpuan ramai dalam kalangan warganet sehinggakan menjadi punca beberapa nama artis lain terpalit seperti Emma Maembong, Chacha Maembong, Caprice, Sophia Albarakbah, Meerqeen, Tom dan Fuad Rahmad.

Fatin Nurain