Trending By: Syafiqa Irdina March 10, 2020 @ 9:30am

“Babak Pertama, Episod Baharu” – Cipta Sejarah Dilantik Menteri, Mantan Mufti Wilayah Persekutuan Titip Ucapan

Pengumuman senarai anggota Kabinet petang semalam telah pun dibuat oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Pengumuman semalam menyaksikan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri, mufti pertama di negara ini menduduki kerusi jemaah menteri!

Dr.Zulkifli yang merupakan Mufti Wilayah Persekutuan telah dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Terbaharu,  menerusi posting di laman sosial Instagram miliknya, sejurus pelantikan itu, beliau terus menuju ke Perak untuk menyampaikan Kuliah Maghrib bulanan. ⁣

“Babak Pertama, Episod Baharu”

Menerusi posting tersebut, Dr.Zulkifli menitipkan ucapannya buat semua supaya mendoakan beliau dapat memikul amanah yang diberi.

“Babak pertama, episod baharu… sejurus selepas pengumuman pelantikan sebagai YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), seperti biasa, saya terus menuju ke Masjid Slim River, Perak untuk menyampaikan Kuliah Maghrib bulanan di sana. ⁣

“Saya dengan rendah hati memohon jasa baik sahabat semua untuk berterusan mendoakan agar saya dikurniakan Allah SWT kekuatan untuk memikul amanah dan kepercayaan ini sepenuh keupayaan saya,” katanya.

 

Pohon Doa Dan Pandangan Semua Untuk Terajui Kepimpinan

Selain doa, Zulkifli turut meminta agar semua pihak memberi pandangan kepada beliau dalam menerajui kepimpinan.

“Doakan saya, bantu saya dan berilah pandangan kepada saya. Kita teruskan legasi pemimpin terdahulu, membina negara Malaysia yang berbilang kaum dan agama, dalam keredaanNya.

“Kepada Allah SWT kami berserah dan kami bertawakal,” katanya.

 
 
 
View this post on Instagram

Babak Pertama, Episod Baharu⁣ ⁣ Sejurus selepas pengumuman pelantikan sebagai YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), seperti biasa, saya terus menuju ke Masjid Slim River, Perak untuk menyampaikan Kuliah Maghrib bulanan di sana. ⁣ ⁣ Saya dengan rendah hati memohon jasa baik sahabat semua untuk berterusan mendoakan saya agar saya dikurniakan Allah SWT kekuatan untuk memikul amanah dan kepercayaan ini sepenuh keupayaan saya.⁣ ⁣ Teringat saya kepada sebuah hadith daripada ‘Abdullah bin Salam, beliau berkata: ⁣ ⁣ لَمَّا قَدِمَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِيْنَةَ ، اِنْجَفَلَ النَّاسُ إِلَيْهِ ، وَقِيْلَ : قَدِمَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَجِئْتُ فِي النَّاسِ لِأَنْظُرَ إِلَيْهِ ، فَلَمَّا اسْتَبَنْتُ وَجْهَ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَرَفْتُ أَنَّ وَجْهَهُ لَيْسَ بِوَجْهٍ كَذَّابٍ ، فَكَانَ أَوَّلَ شَيْءٍ تَكَلَّمَ بِهِ أَنْ قَالَ: (( يَا أَيُّهَا النَّاسُ ، أَفْشُوْا السَّلَامَ ، وَأَطْعِمُوْا الطَّعَامَ ، وَصِلُوْا الْأَرْحَامَ ، وَصَلُّوْا بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ ، تَدْخُلُوْا الْجَنَّةَ بِسَلَامٍ )).⁣ ⁣ “Ketika Rasulullah SAW datang ke Madinah, orang-orang segera pergi menuju kepada Baginda. Ada yang mengatakan: Rasulullah SAW telah datang. Lalu aku mendatanginya ditengah kerumunan banyak orang untuk melihatnya. Ketika aku melihat wajah Rasulullah SAW, aku mengetahui bahwa wajahnya bukanlah wajah pembohong. Dan yang pertama kali beliau ucapkan adalah, ‘Wahai sekalian manusia, ⁣ ⁣ 1) Sebarkanlah salam⁣ 2) Berikan makan⁣ 3) Sambunglah silaturrahim⁣ 4) Solat di waktu malam ketika orang-orang tidur,⁣ ⁣ Nescaya kalian akan masuk Syurga dengan selamat.⁣” ⁣ Doakan saya, bantu saya dan berilah pandangan kepada saya. Kita teruskan legasi pemimpin terdahulu, membina negara Malaysia yang berbilang kaum dan agama, dalam keredhaan-Nya. ⁣ ⁣ Kepada Allah SWT kami berserah dan kami bertawakkal.

A post shared by Mufti Wilayah Persekutuan (@drzulkifli.albakri) on

 

Sebelum ini, belaiu telah dilantik sebagai Mufti Wilayah Persekutuan pada Jun 2014 sehingga kini.

Terdahulu, beliau telah diberikan pengiktirafan seperti Anugerah Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutuan 1433H/2012Ml, Anugerah Tokoh Ilmuan Negeri Selangor 1433H/2012M, Anugerah Tokoh Dakwah Media TV AL-Hijrah 2014, dan Ikon Integriti dan Anti Rasuah 2019 oleh Suruhanjaya Pencegahan Anti Rasuah Malaysia (SPRM).

Sumber foto: Instagram Dr. Zukifli

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 24 Apr 2020

“Billboard” Di Amerika Papar Cara Berdepan Ancaman Wabak Ikut Nasihat Hadis Nabi

Hadis berusia lebih 1400 tahun dijadikan sebagai nasihat pada hari ini

Featured Fri, 27 Aug 2021

Isu Pegawai Halang Rakam Video Di PPV, Ini Respons KJ Sebagai Menteri Kesihatan Baharu!

Isu melibatkan rakaman video di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sering menjadi perdebatan dalam kalangan ramai. Walaupun kerajaan membenarkan rakaman video ketika suntikan diberikan di PPV, namun terdapat banyak situasi berlaku di mana orang awam tidak […]

Featured Mon, 22 Mar 2021

Bayaran Geran Khas Prihatin Tambahan Mulai 25 Mac Ini, RM 500 Buat PKS Mikro..

Bayaran bagi semua perusaha kecil sederhana di bawah Geran Khas Prihatin Tambahan akan bermula 25 Mac ini. Menurut Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, bayaran tersebut melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM883 […]

Trending Tue, 23 Mar 2021
Featured Wed, 12 Jul 2023