Trending By: SGMS Enal July 25, 2019 @ 12:39pm

Bahaya Penyakit Sinus, Muka Bengkak 3X Ganda

Romulo Pilapil, 56 mula mengalami penyakit sinusitis semenjak tiga tahun yang lalu dan wajahnya terus membengkak dari masa ke semasa.

Tukang kayu ini mula melihat sesuatu yang tidak kena apabila merasa matanya mula gatal dan mendapati hidungnya kemerah-merahan semasa dirumahnya di Ormoc City, Filipina.

Keadaannya menjadi semakin teruk walaupun sudah berjumpa doktor dan diberikan ubat.

Terakhir Romulo berjumpa dengan pihak kesihatan adalah pada 2018. Semenjak itu, dia sudah tidak mampu untuk meneruskan rawatannya.

Doktor menasihatinya supaya pergi ke hsopital yang lebih besar di Manila, tapi keluarganya tidak mampu.

Sebelum ini Ramulo mengalami selesma yang teruk hingga orang sekelilingnya menganggap itu adalah sinusitis, yang kemudian membuatkan wajahnya mula membengkak.

Wajah Ramulo kini membengkak tiga hingga empat kali ganda saiz dari biasanya. Dari bibir, pipi dan matanya semua membengkak.

Bahkan, penglihatannya juga beransur-ansur hilang kerana bengkak yang semakin membesar dan itu memaksanya berhenti daripada bekerja sebagai tukang kayu.

Ramulo mempunyai tiga anak lelaki dan ketiga-tiga anaknya belajar sambil bekerja selepas ayah mereka sakit.

Mereka mengatur jadual dengan berganti-ganti menjaga ayah mereka agar dapat belajar dan bekerja dalam masa yang sama.

Isterinya juga bekerja sebagai tukang sapu dijalan bagi menampung keperluan keluarga mereka.

Encik Santos menambah bahawa, “Mereka ini adalah orang baik-baik yang tidak sepatutnya mengalami masalah ini, saya harap mereka segera mendapat bantuan.”

SUmber: MetroUK

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 7 Jul 2021

Guna Wang Sendiri Hulur Bantuan Cari Bendera Putih, Tindakan Cik B Dipuji Ramai

Baru-baru ini, tindakan anak kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida iaitu Cik B mendapat perhatian ramai. Dalam usaha untuk menyebarkan semangat bendera putih, Cik B telah turun padang bagi menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Featured Thu, 18 Aug 2022
Featured Mon, 25 Jul 2022
Trending Mon, 4 Mar 2019

Wanita ini memberikan 200 beg cenderahati kepada penumpang

Hendak marah pun fikir dua tiga kali.

Trending Mon, 7 Dec 2020
Trending Mon, 28 Sep 2020

| Live TV

error: Content is protected !!