Trending By: Yanie Baharom July 23, 2018 @ 8:00pm

Bahaya Terjatuh Dari Kereta Antara Sebab Pak Nil Tak Setuju Dengan Keke Challenge

Datuk Aznil Hj Nawawi yang juga seorang pengacara cukup dihormati ramai mengakui tidak gemar atau setuju dengan aktiviti yang sedang tular kini iaitu ‘Keke Challenge’.

Menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya, Aznil memberitahu dia tidak akan menyahut cabaran tarian itu kerana ia aktiviti yang tidak berfaedah malah boleh menyebabkan kemalangan dan membahayakan diri.

Menurut Aznil yang lebih dikenali dengan panggilan Pak Nil, dia juga berpegang kepada pesan ibu bapanya.

“Kalau #paknil muda pun Paknil rasa tak lah terikut nak buat camni.

Mak ayah Paknil pernah berpesan. ‘Dari kau baru lahir, ayah mak jaga kau sampai nyamuk gigit pun kami jaga. Supaya apa? Supaya kau tak cacat di tangan kami. Bila besar, kau sendiri pulak yang sengaja cari kecacatan dengan buat benda-benda yang tidak ada faedah,” tulisnya.

Dalam entri yang sama Pak Nil memuat naik video beberapa remaja yang melakukan cabaran tersebut tetapi tidak berjaya kerana terjatuh dan kemalangan ketika sedang keluar dari kereta.

Rata-rata pengikut IG Pak Nil juga menyokong dan bersetuju dengan pendapatnya.

Sementara itu Hijab & Heels juga ingin berkongsi sebuah video rompakan kereta semasa seorang pemuda senang berseronok melakukan Keke Challenge.

Tidak pasti sama ada ianya hanya sebuah lakonan atau real, namun kejadian yang berlaku di Los Angeles itu tidak mustahil boleh berlaku kepada anda. 

Sumber: Astro Awani

Sumber Video : Youtube

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 24 Feb 2021
Featured Thu, 18 Aug 2022
Trending Wed, 29 Aug 2018

Sri Pentas Terima Ancaman Bom, 200 Kakitangan Kosongkan Bangunan Serta Merta

Kami difahamkan panggilan itu dibuat seorang lelaki yang mengaku dirinya Imam Mahdi.

Featured Thu, 8 Dec 2022
Trending Thu, 17 Jun 2021

DJ Cza Bergabung Dengan TujuLoca & MK Dalam Veto

Hip-hop boleh dianggap seperti satu genre muzik yang mampu menyelamat. Ia adalah bunyian yang membina sehingga menjadi kukuh dan tidak termusnah. Ia mampu menaikkan semangat dan mengajar untuk menentang rintangan. Di kala dunia dilanda pandemik,

| Live TV