Trending By: Salma Syahbuddin December 4, 2020 @ 12:25pm

Bakal Bergelar Kakak, Aafiyah Kini Lebih Manja Dengan TokTi

Kalau sebelum ini, anak sulung Datuk Seri Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah seakan-akan memberi ‘hint’ dalam satu video LIVE yang pernah viral sebelum ini, Siti bagaimanapun menjelaskan bahawa anaknya itu terlalu ‘excited’ sehingga terjadinya momen tersebut.

Menurut Siti, untuk kehamilan kali ini anak sulungnya itu dilihat lebih manja dan tidak mahu berenggang darinya.

Sumber : Instagram @aafiyahkhalid

Ketika ditanya mengenai pengalaman kehamilan kali kedua, Siti memaklumkan dia kini lebih cepat penat mungkin kerana disebabkan faktor usia.

“Maklumlah, orang kata setiap kehamilan untuk setiap anak ni berbeza-beza dan Aafiyah sekarang ni nampak lebih manja,” katanya pada majlis pelancaran produk BeauSiti X Wonderlab menerusi aplikasi maya pada 1 Dec 2020.

Sumber : Instagram @ctdk

BeauSiti X Wonderlab tampil seiring dengan gaya hidup yang aktif, sihat dan moden terutamanya dikalangan wanita. Dua produk terbaharu diperkenalkan iaitu Beautéssence dan Beaunest. 

Sumber : WonderLab
Sumber : WonderLab

Dalam perkembangan lain, Nabila Razali telah dipilih sebagai Duta Kempen Produk Beausiti X Wonderlab. 

Pada 1 Disember lalu, Siti mengumumkan dia sedang melalui proses kehamilan kedua dan kandungannya itu telah memasuki usia empat bulan.

ARTIKEL BERKAITAN : “Kali Ini Lebih Gementar & Emosi..” – Umum Kehamilan Kedua, Siti Nurhaliza Ikut Saranan Ustaz

ARTIKEL BERKAITAN : Aafiyah Bakal Jadi Kakak, Siti Nurhaliza Sahkan Hamil 4 Bulan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Thu, 15 Dec 2022

Wajib Tonton: ‘Budak Tebing 3’ Kembali Dengan Watak-Watak Baharu

Tak sabar nak tengok watak-watak baharu ni!

Featured Sat, 4 Jun 2022
Trending Tue, 19 May 2020

Jangan Lepaskan Peluang Korang Untuk Saksikan Program Terbaik Syawal Ini Di TV3!

Boleh tonton juga menerusi Youtube TV3 Malaysia okay!

Featured Mon, 15 Aug 2022
Featured Mon, 5 Jul 2021

“Celakalah Kami Kalau Tak Tolong Jiran Sendiri..”- Altimet Gesa Kibar Bendera Putih, Bakal Salur Bantuan

Penyanyi hip hop terkenal, Altimet menggalakkan orang ramai yang mengalami kesempitan hidup untuk berani tampil ke hadapan dan terus mengibarkan bendera putih sebagai tanda memerlukan bantuan. Altimet menggunakan platform Instagramnya untuk terus menggalakkan orang ramai […]