Trending By: SGMS Faida February 13, 2018 @ 6:37am

BANGUNAN KWSP TERBAKAR!

Patutlah trafik sesak sejak jam 12 tengahari tadi di sepanjang Federal Highway, ini berikutan kebakaran di Bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Gasing, sebentar tadi.

Anda yang merancang untuk lalu Lebuhraya Persekutuan, kalau boleh elakkan ya buat sementara waktu. Asap tebal serta api boleh dilihat di sepanjang Lebuhraya Persekutuan.

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sedang giat melakukan kerja memadam api! Punca kebakaran masih belum diketahui sehingga kini. Diharapkan semoga tiada yang terperangkap ataupun tercedera … Insha Allah  

Sebanyak lapan jentera bomba terbabit dalam operasi memadam kebakaran di bangunan berkenaan.

Sehingga kini, usaha memadam dilakukan kira-kira 43 anggota dan pegawai JBPM dari Balai Bomba Damansara, Balai Bomba Pelabuhan Klang, Balai Bomba Hang Tuah dan Balai Bomba Pantai.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 26 Oct 2023
Featured Wed, 21 Dec 2022
Featured Wed, 9 Nov 2022
Trending Thu, 24 Feb 2022

“Saya Sendiri Tak Tanya Bila Neelofa Nak Kongsi Wajah Bilal” – Datin Noor Kartini

Usahawan terkenal, Datin Noor Kartini Noor Mohamed, 56, menyerahkan keputusan kepada anaknya, selebriti popular Neelofa untuk berkongsi foto wajah cucunya, Muhammad Bilal kepada orang ramai. Menurut Kartini, sehingga kini dia tidak bertanya mengenai perkara terbabit […]