Trending By: SGMS Enal December 30, 2019 @ 12:26pm

Bangunan Perkeso Kota Bharu Diserang ‘Pengamuk’

Lebih 250 petugas tiga jabatan kerajaan di bangunan Wisma Perkeso di sini bergegas meninggalkan tempat kerja masing-masing apabila perkhidmatan siar raya meminta mereka segera mengosongkan bangunan itu kerana ada ‘serangan oleh empat lelaki yang mengamuk’.

Para petugas lari bertempiaran ke medan meletak kereta ketika lima lelaki bersenjatakan kayu mengamuk di lobi Wisma Perkeso pada 10.15 pagi kerana tidak berpuas hati apabila tapak pembinaan tempat mereka bekerja ditutup oleh pihak Jabatan Keselamatan Kesihatan Pekerjaan  (JKKP).

Mereka menyerang kaunter JKKP dan mencederakan petugas dan orang awam. Ketangkasan pengawal keselamatan berjaya menahan tiga lelaki itu, manakala dua lagi naik ke tingkat dua bangunan sebelum ke tingkat lima dan  meneruskan amukan.

Bagaimanapun kedua-dua pekerja terbabit berjaya ditangkap setelah bergelut dengan angota polis yang menunggu di lobi dan perkarangan bangunan.

Perkarangan Wisma Perkeso yang sentiasa tenang, kecoh dengan bunyi hiruk pikuk siren polis dan ambulan yang bersiap sedia

Situasi cemas yang berlaku hampir satu jam itu  bagaimanapun adalah sebahagian daripada latihan  keselamatan oleh JKKP dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu , RELA, Pasukan Tindakan Kecemasan JKKP  dan Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ II).

Pengarah JKKP Kelantan Abdul Aziz Salim berkata latihan ini adalah  sebagai langkah berjaga-jaga menurut  seksyen ke 15 Akta Keselamatan dan Kesejahteraan Pekerjaan  di mana setiap majikan wajib memastikan tempat kerja mereka selamat dan bebas daripada ancaman keselamatan.

”Alhamdulillah kita berjaya mengosongkan Wisma Perkeso  dan menjalankan latihan mengikut SOP yang ditetapkan,” katanya kepada sumber selepas latihan itu.

Sementara itu kakitangan  yang ditemui menyatakan pada mulanya mereka cemas apabila mendengar pengumuman itu yang mengarahkan semua berkumpul di medan letak kereta.

Hirwan Saringat berkata  mereka pada mulanya tidak menyangka itu adalah latihan kerana terasa seperti ianya  benar-benar berlaku.

Beliau  mencadangkan agar latihan seperti itu diadakan selalu sebagai persediaan bagi semua kakitangan dalam menghadapi saat cemas.

Sumber : Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 8 Apr 2019

代吃代喝代玩乐……中国惊现崭新行业!

继「代购」之后,中国近来还兴起另一种新行业:代喝代吃!

Featured Tue, 24 Oct 2023
Featured Thu, 26 Aug 2021
Featured Mon, 4 Jul 2022

[VIDEO] Pasang ‘Belon Gastrik’ Demi Turun Berat Badan, Ramai Ngeri Tengok Zarina Anjoulie

Bagi siapa yang suka melantak tu, mungkin ini cara terbaik untuk korang!

Featured Wed, 27 Jul 2022