Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa lanjutan moratorium tiga bulan akan diberikan kepada individu yang kehilangan pekerjaan dan pendapatan berikutan impak daripada pandemik koronavirus (Covid-19) manakala yang selebihnya kerajaan akan melaksanakan pendekatan bersasar.
Pada hari ini, Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Abdul Rahim Bakri mengatakan bahawa bank-bank berkemampuan melaksanakan lanjutan moratorium kerana mempunyai penampan yang mencukupi
Menurutnya lagi berkata, setiap keputusan lanjutan moratorium dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia serta menerusi penglibatan Persatuan Bank-Bank Malaysia.
“Sebanyak RM66 bilion telah digunakan oleh bank-bank di bawah pakej moratorium setakat ini daripada RM100 bilion yang diperuntukkan melalui pakej rangsangan ekonomi,” jelasnya lagi.
Sumber: Twitter Bernama