Categories: Trending

Bank Lanjut Moratorium Bersasar Buat Peminjam B40 & M40

Institusi perbankan melanjutkan moratorium dan bantuan pembayaran balik bersasar sedia ada kepada mereka yang layak dan terkesan akibat pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Lanjutan bantuan ini termasuklah buat mereka yang menjadi mangsa banjir dan mereka yang terkesan agar segera menghubungi bank masing-masing untuk mendapatkan bantuan tersebut.

Malah, moratorium ini terpakai kepada skim Bantuan Pembayaran Balik Bersasar yang diumumkan sebelum ini, terutamanya kepada mereka yang kehilangan pekerjaan pada tahun 2020 ATAU 2021.

Golongan ini boleh memohon bantuan pembayaran untuk tempoh tiga bulan pada bila-bila masa pada atau sebelum 30 Jun 2021.

“Bagi mereka yang berada dalam kumpulan M40, yang mana adalah penerima Bantuan Prihatin Nasional, bank telah bersetuju untuk pengisytiharan sendiri.

Bagi individu dalam kategori B40 yang berdaftar dalam pangkalan data Bantuan Sara Hidup or Bantuan Prihatin Rakyat boleh meminta penangguhan ansuran selama tiga bulan, atau mengurangkan ansuran mereka sebanyak 50 peratus selama enam bulan,”

Bagi mereka yang berada dalam kumpulan M40, yang mana adalah penerima Bantuan Prihatin Nasional, bank telah bersetuju untuk pengisytiharan sendiri.

Salma Syahbuddin