Raja Ahmad Nazim Azlan Shah ibni Almarhum Raja Ashman Shah merupakan cucu kepada Almarhum Sultan Perak. Baginda merupakan Raja Kechil Sulong Perak, menjadikan Baginda pewaris takhta keempat kerajaan Perak.
Berkelulusan Universiti Cambridge di United Kingdom, Raja Ahmad Nazim Azlan merupakan satu satunya putera almarhum Raja Ashman Shah dan Dato Seri Noraini Jane. Baginda mempunyai dua adik beradik perempuan iaitu Raja Muda Eminah Alliyah dan Raja Bainunissa Safiah.


Putera raja berjiwa rakyat
Baginda merupakan seorang putera raja berjiwa rakyat dan disegani ramai. Baginda juga dilihat sangat mengambil berat dengan kebajikan rakyat jelata terutama ketika berdepan dengan pandemik COVID-19.
Buktinya, baginda berkenan menyampaikan kurniaan Yayasan Sultan Azlan Shah kepada 48 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan 1,038 keluarga kurang berkemampuan di Perak.



Walaupun baru berusia 26 tahun, ternyata Raja Kechil Sulong Perak ini mempunyai karisma dan kredibiliti Baginda tersendiri menjadikan Baginda antara salah seorang putera raja berstatus “eligible bachelor” yang diminati ramai.
Kredit foto: malaysia royal family