Featured By: Attiqah Mohd April 10, 2021 @ 12:34am

“Bantu Usahawan Luaskan Peniagaan..” – Kempen Salam Sayang Ramadan TV3 Suntik Semangat Ramai

Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN) tampil dengan Kempen Salam Sayang menerusi siaran langsung di TV9 malam tadi.

Mengangkat tema Salam Sayang, tema ini merupakan kesinambungan kepada Setulus Ikhlas yang dibawakan pada tahun lalu. Tahun ini, elemen kasih sayang, hormat, ikhlas dan saling bantu membantu disemaikan dalam diri setiap insan ketika berdepan penularan COVID.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, MPTN dan Primeworks Studios, Datuk Khairul Anwar Salleh, menerusi kempen kali ini, TV3 dan TV9 mengambil inisiatif membantu usahawan yang terkesan dengan pandemik COVID-19.

“Di bawah inisiatif Misi Salam Sayang, pengusaha kecil dibantu untuk diperluaskan perniagaan mereka melalui platform media sosial TV3.

“Objektif kami adalah untuk menyebar rezeki dan memperluaskan jalinan kepada mereka yang hilang pekerjaan.

“Misi murni ini dijangka dapat membantu memulihkan semangat mereka untuk mencari rezeki,” katanya pada majlis pelancaran kempen Salam Sayang Ramadan yang disiarkan dari Studio 3, Glenmarie, di sini, malam tadi.

Antara barisan artis yang turut sama memeriahkan pelancaran kempen ini adalah Ziana Zain, Fedtri Yahya, Mas Idayu, Redza Rosli, Intan Najuwa, Hisyam Hamid dan Ruhainies, Amyza Aznan dan anaknya, Adrian, Iman Troye, Wany Hasrita serta Ning Baizura bersama pengacara Haziq Husni dan Sissy Iman.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 19 Aug 2022

[VIDEO] “Kelakar, Bincang Tarikh Putus Cinta Macam Anniversary” – Netizen Kagum Erra Fazira & Datuk Awie Macam Best Friend

Alahai sweetnya Erra dengan Awie! Best kan ada friendship macam ni? Dua dua masuk air hehe

Hiburan Sun, 28 Nov 2021

“Walau Apa Jua Cabaran, Suami Tetap Ada Dengan Saya” – Yana Samsudin Dedah Pernah Tolak Rombongan Merisik Fadzil Zahari

Pelakon dan pengarah Yana Samsuddin mendedahkan dia pernah menolak rombongan merisik suaminya, pelakon dan penerbit Fadzil Zahari. Mengenang semula memori sebelum mereka mendirikan rumah tangga, Fadzil sanggup menanti Yana atau nama sebenarnya, Norliana Samsudin, 37, […]

Trending Sat, 1 Aug 2020
#LaguXTRA Thu, 1 Feb 2024
Featured Sat, 28 Sep 2019

Apakah tanda-tanda jika kolestrol tinggi dalam badan?

Ambil tahu sebelum ia menjadi lebuh parah!