Trending By: Salma Syahbuddin June 26, 2021 @ 12:36pm

Bantuan Kesihatan & Perubatan Sehingga RM20,000 Buat Kumpulan B40

Mungkin ada segelintir diantara kita yang masih tidak tahu mengenai Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) bukan?

PeKa B40 adalah satu inisiatif kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang bertujuan menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah, dengan memberi fokus terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD).

Dan, ianya bermula sebagai projek perintis dan dianggarkan dapat menampung 800,000 penerima sebagai permulaan.

Manfaat PeKa B40

Manakala, terdapat empat manfaat utama di bawah PeKa B40 ini antaranya;

  1. Saringan Kesihatan Percuma
  • Saringan kesihatan boleh dilakukan di mana-mana klinik swasta yang berdaftar dengan skim ini dan mempunyai pelekat PeKa B40 di pintu klinik

Jenis Saringan Kesihatan yang boleh dilakukan adalah seperti berikut:

  • Pemeriksaan kesihatan
    • Pengambilan sejarah kesihatan dan penyakit individu dan keluarga termasuk faktor risiko kesihatan
    • Saringan kesihatan mental
    • Pemeriksaan fizikal
    • Pemeriksaan klinikal payudara untuk penerima wanita, dan pemeriksaan klinikal prostat untuk penerima lelaki yang berisiko
  • Pemeriksaan makmal
    • Ujian sel darah
    • Ujian kawalan gula dalam darah
    • Ujian paras kolesterol

Bagaimanapun, kos rawatan dan pembedahan tidak termasuk dalam manfaat PeKa B40.

2. Bantuan Peralatan Perubatan (Maksimum RM20,000

  • Manfaat ini melibatkan bantuan peralatan perubatan yang diperlukan dalam prosedur/ rawatan dan tidak diberikan subsidi kos alat di hospital-hospital KKM.
  • Had maksimum sebanyak RM20,000 diberikan dalam bentuk alat perubatan yang dibelikan.
  • Saringan Kesihatan (Manfaat 1) perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum penerima PeKa B40 boleh menikmati manfaat ini.
  • Manfaat ini hanya terpakai apabila penerima PeKa B40 dirawat di hospital KKM sahaja, di mana permohonan perlu dilakukan oleh pakar-pakar perubatan KKM bagi pihak pesakit yang penerima PeKa B40.

3. Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser

  • Manfaat 3 ini adalah untuk mendorong pesakit kanser melengkapkan pelan rawatan mereka seperti mana yang telah dirancang oleh pakar kanser KKM.

4. Insentif Tambang Pengangkutan

  • Bertujuan untuk meringankan beban membayar kos pengangkutan apabila penerima mendapatkan rawatan di hospital KKM. Ianya tidak bertujuan untuk merangkumi keseluruhan kos perjalanan.
  • Had maksimum bantuan yang boleh diterima:
    • RM500 untuk Semenanjung Malaysia
    • RM1,000 untuk Sabah/ Sarawak/ Labuan

Syarat – Syarat Kelayakan

Skim ini ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang berada dalam lingkungan pendapatan isi rumah 40% terendah, yang dikenali sebagai kumpulan B40. Bantuan ini juga adalah percuma bagi mereka yang layak.

Berikut merupakan syarat kelayakan  PeKa B40 ;

  • Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan pasangannya yang berdaftar.
  • Berumur 40 tahun dan ke atas.
  • Penyertaan adalah secara automatik dan tiada pendaftaran diperlukan.

Bagi mereka yang layak dan ingin mengetahui status kelayakan boleh lah layari kelayakan.pekab40.com.my/

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 28 Feb 2020

[VIRAL] “Lelaki Dalam Video Lucah Itu Bukan Saya Tapi….” – Ammar Alfian

Semoga dengan penjelasan ini dapat meredakan kontroversi yang melibatkan Ammar ini.

Trending Mon, 13 Aug 2018

Gara-Gara ‘Fesyen Zaman Nenek Kau’, Nabila Huda Dan Netizen Berperang Mulut

Nabila menggayakan gaun berwarna hitam dengan belahan di bahagian kaki digayakan bersama skaf mendapat kecaman hebat netizen yang menyifatkan gayanya itu agak keterlaluan.

Trending Wed, 13 Feb 2019

This Self-Love Playlist is All You Need for a Good Valentine’s Day Alone

Take care of yourself this V-Day with some good music

Trending Fri, 10 Apr 2020

Sabah Terima 3 Juta ‘Mask’ Hari Ini Untuk Diedarkan!

Rakyat Sabah akhirnya boleh menarik nafas lega

Trending Thu, 28 May 2020

[TERKINI] Akhirnya Mayat Mangsa Lemas Tiga Beradik Ditemui

Kita doakan semoga urusan mereka dipermudahkan. Al-Fatihah

Trending Mon, 26 Aug 2019

Safiey Ilias Nekad Buang Silikon Lagi?

Apapun, doakan yang terbaik!

Trending Fri, 29 May 2020
Trending Wed, 11 Apr 2018

Maut Akibat Buah, Awas Penggemar ‘Rockmelon’

Dilaporkan seramai tujuh orang maut dan keguguran selepas makan tembikai yang mengandungi bakteria listeriosis ini! Hati-hati semua…

Trending Mon, 20 Jul 2020

| Live TV