Trending By: Salma Syahbuddin April 23, 2021 @ 2:53pm

Bantuan Khas Kewangan RM1,000 Buat Penjawat Awam Selangor

Kerajaan Selangor hari ini mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sempena Aidilfitri sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada semua penjawat awam negeri yang akan dibayar pada 19 Mei.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, BKK itu turut diberikan kepada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Speaker dan Timbalan Speaker, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), pengurusan tertinggi dan anggota perkhidmatan kerajaan negeri yang gajinya dibayar kerajaan Persekutuan.

“Kerajaan negeri juga bersetuju pembayaran BKK RM1,000 kepada pemimpin masyarakat, pegawai perhubungan kampung baru/ bagan/ tersusun, ketua komuniti India dan Penyelia Wanita Berdaya (PWB) dan Penggerak Belia Selangor sebanyak RM500 yang dibiayai kerajaan negeri,” katanya ketika Majlis Mahabbah Ramadan bersama Penjawat Awam Negeri Selangor pada Jumaat.

Bagi Setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan petugas masjid pula akan menerima RM500 yang akan disumbangkan melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) anak syarikat kerajaan negeri.

 

 

Sumber : Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 6 Oct 2018

Korban Palu Hari Kelapan, 1,571 Jasad Ditemui

Sebahagian besar mayat ditemui dalam keadaan tidak sempurna, sekali gus mendedahkan ancaman kepada penyelamat.

Trending Sat, 29 May 2021

Yura Yunita Perkenalkan Tenang di Malaysia

Penyanyi popular Indonesia, Yura Yunita telah melancarkan lagu terbaharunya yang berjudul Tenang di Indonesia pada April lalu. Berkongsi lagu dan perasaan yang sama, Yura berbesar hati melebarkan halwa telinga ini ke pendengaran peminat di Malaysia. […]

Hiburan Mon, 28 Mar 2022
Trending Tue, 24 Nov 2020
Trending Sun, 4 Apr 2021
Trending Thu, 16 Apr 2020
Trending Mon, 27 Jan 2020

Kobe Bryant Dan Anak Maut Dalam Nahas Helikopter

Dunia kehilangan seorang lagenda!