Trending By: Salma Syahbuddin May 25, 2021 @ 12:57pm

Bantuan Khas RM 1,000 Buat 213 Penumpang LRT Terlibat Kemalangan

Berikutan kejadian kemalangan melibatkan pertembungn dua buah tren Transit Aliran Ringan (LRT)  menerusi laluan Kelana Jaya semalam melibatkan 231 penumpang terdiri daripada 166 orang  mengalami cedera ringan dan 47 orang dilaporkan cedera parah  telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk  mendapatkan rawatan.

Justeru itu, Pengerusi Prasarana Berhad (Prasarana), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, memaklumkan pihaknya akan menanggung kos perubatan mangsa yang menerima rawatan di hospital berkenaan.

Selain itu, Kerajaan turut menyediakan bantuan khas sebanyak RM1,000 kepada 213 mangsa terbabit. Manakala, mangsa yang kehilangan pekerjaan akibat insiden tersebut akan diberi bantuan kewangan yang sewajarnya.

 

Sumber :  Awani

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Wed, 30 Nov 2022
Trending Thu, 19 Jul 2018
Hiburan Sat, 10 Sep 2022
Featured Tue, 5 Apr 2022
Featured Tue, 31 May 2022
Hiburan Sun, 19 Dec 2021

“Anak Dia Tengah Tak Sihat, Dia Tinggalkan Nak Hantar Bantuan Makanan” – Turun Padang Bantu Mangsa Banjir, Netizen Puji Siti Nurhaliza

Tindakan penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang membantu mangsa banjir bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa menerima pujian netizen. Siti bersama suami menggerakkan bantuan serta turun padang mengharungi banjir di

| Live TV