Trending By: Salma Syahbuddin April 17, 2021 @ 2:14pm

Bantuan One-Off RM500 Buat Pesara Polis, Bayaran Fasa Pertama Bermula Sehingga…

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin memaklumkan, seramai 136,655 pesara, bekas polis dan petugas polis era darurat yang juga penerima Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) layak menerima bantuan sekali bayaran atau one-off sebanyak RM500.

Menurutnya, bantuan tersebut adalah sebagai menghargai jasa pengorbanan dan khidmat bakti golongan berkenaan kepada negara termasuk ketika era darurat dalam Perkhidmatan Persekutuan Tanah Melayu bagi tempoh 12 Julai 1948 hingga 31 Julai 1960.

Sebelum ini, hanya 40,000 penerima yang layak namun angkanya dinaikkan sehingga melebihi 136,000 orang pesara polis yang layak menerima bantuan tersebut.

“Pembayaran bagi fasa pertama akan diagihkan kepada 10,000 penerima dengan jumlah peruntukan RM5 juta dan dimasukkan terus ke akaun penerima secara berperingkat sehingga Disember 2022 manakala bagi yang meninggal dunia, bayaran disalur kepada pasangan atau waris,” katanya ketika Majlis Penyampaian ‘One-Off ‘RM500 kepada Penerima Pingat Jasa Pahlawan Negara di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur.

Sebelum ini, kerajaan telah mengumumkan bantuan sekali bayaran RM500 yang disalurkan kepada pesara dan bekas polis menerima PJPN serta petugas polis yang berkhidmat pada zaman darurat.

 

 

Sumber : Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 3 Apr 2018

Japanese Scientists Find ‘Young Girls’ Scent’ and Plans to Make Perfume From It

It’s very refreshing apparently and smells like peaches.

Featured Wed, 31 May 2023
Trending Thu, 11 Jun 2020
Featured Wed, 15 Mar 2023

“Bohonglah Kalau Tak Pernah ‘Kena’” – Kongsi Tips Rawatan, Janna Nick Dedah Kerap Disihir?

Allahuakbar! Dah 2023 pun masih ramai yang percaya benda macam ni eh 🥹

Trending Fri, 18 Oct 2019

Kematian Pesakit Di Perak Mungkin Akibat Virus Lain

Virus Zika disebarkan menerusi nyamuk Aedes

Featured Wed, 30 Jun 2021

Tony Spider Meninggal Dunia

Industri muzik tanah air hari ini dikejutkan dengan berita kehilangan seorang permata seni apabila pemain bass kumpulan muzik terkenal, Tony Spider disahkan telah meninggal dunia pagi tadi. Kehilangan allahyarham disahkan oleh salah seorang anggotan kumpulan […]