Trending By: Salma Syahbuddin December 11, 2020 @ 1:30pm

Bantuan RM34.6 Billion Untuk Golongan B40, M40 Yang Terjejas

Timbalan Menteri Kewangan II, Mohd Shahar Abdullah, berkata kerajaan sudah menyalurkan RM34.6 bilion dalam bentuk subsidi, insentif dan bantuan kepada golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) dan M40.

Insentif dan bantuan ini adalah untuk meringankan beban sara hidup rakyat yang terjejas akibat Covid-19.

Malah, pemberian dan pengagihan subsidi secara bersasar ialah antara matlamat kerajaan untuk membantu golongan ini.

” Perbelanjaan sebenar pemberian kerajaan hingga suku ketiga 2020 berjumlah RM34.6 bilion iaitu RM18.2 bilion dibiayai menerusi peruntukan Belanjawan 2020. RM16.4 bilion dibiayai mengikut Kumpulan Wang Covid-19 yang merangkumi pelbagai sektor.”

Antara sektor yang terlibat ialah, pertanian, sektor kepenggunaan, sektor pengangkutan, sektor keselamatan, sektor komuniti dan keagamaan, kesihatan dan pendidikan termasuklah, bantuan sara hidup serta kebajikan masyarakat, bantuan faedah pinjaman dan pemberian elaun.

Sumber : BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 7 Apr 2022
Featured Mon, 5 Apr 2021

Majlis Dihadiri Kaum Keluarga, Uqasha Senrose & Kamal Adli Selamat Bertunang

Setelah hampir 3 tahun menjalinkan hubungan, pasangan pelakon Uqasha Senrose & Kamal Adli selamat melangsungkan pertunangan di sebuah hotel di ibu kota petang Ahad. Menurut sumber, majlis tersebut hanya dihadiri ahli keluarga terdekat pasangan itu. […]

Trending Tue, 28 Jul 2020
Featured Thu, 24 Nov 2022
Trending Fri, 5 Jun 2020
Trending Fri, 30 Jul 2021