Trending By: Salma Syahbuddin July 11, 2020 @ 2:00pm

Bantuan RM5,000 Untuk Geran Pendigitalan PKS, Ini Syarat Kelayakan Permohonan…

Geran padanan pendigitalan PKS merupakan inisiatif geran yang disediakan oleh Kementerian Kewangan Malaysia dan pihak BSN bagi membantu Perusahaan Industri Kecil dan Sederhana (PKS) bagi mengguna pakai perkhidmatan ini dalam operasi perniagaan harian mereka.

Ini termasuklah, membantu para usahawan PKS membuat laman web dan mempromosikan perniagaan yang layak bagi langganan perkhidmatan pendigitalan dalam usaha meningkatkan daya saing dan produktiviti perniagaan.

Jumlah Geran PKS-BSN

Jumlah geran yang akan diberikan kepada usahawan PKS adalah maksimum RM5,000 atau sebanyak 50 peratus dari jumlah invois yang dikemukakan oleh usahawan PKS.

Antara perkhidmatan yang disediakan ialah :

Perkhidmatan pendigital yang disediakan ini termasuklah,

  • Sistem Elektronik Point of Sale (e-POS)
  • Sistem Penggajian Sumber Manusia (HR) / Customer Relationship Management (CRM)
  • Pemasaran Digital / Jualan
  • Perolehan
  • Enterprise Resource Planning (ERP) / Perakaunan dan Cukai
  • Kerja Jarak Jauh (Remote Working)
  • E-Dagang

Syarat layak memohon

Untuk semua usahawan PKS, ini adalah syarat kelayakan permohonan :

  1. Syarikat dimiliki oleh sekurang-kurangnya 60% warganegara Malaysia
  2. Syarikat berdaftar dibawah Akta yang relevan di Malaysia dan diklasifikasikan sebagai PKS
  3. Syarikat telah beroperasi sekurang-kurangnya 1 tahun
  4. Bagi syarikat yang baru beroperasi selama 2 tahun, PKS mempunyai jumlah jualan tahunan minimum sebanyak RM100,000.00 untuk tahun tersebut
  5. Bagi syarikat yang telah beroperasi yang telah beroperasi lebih daripada 2 tahun, syarikat tersebut perlu mempunyai jumlah jualan tahunan minimum RM50,000 untuk dua tahun terkini secara berturut-turut

Cara permohonan Geran Padanan Pendigitalan PKS-BSN

  • PKS boleh melantik salah satu atau lebih panel Pembekal Perkhidmatan yang disenaraikan oleh MDEC
  • Hanya PKS dibenarkan untuk melengkapkan dan mengemukakan borang permohonan beserta dengan dokumen sokongan yang diperlukan. Dan, pihak ketiga yang terlibat dalam pengumpulan dan penghantaran borang kepada pihak bank TIDAK dibenarkan
  • Setelah permohonan diluluskan, bergantung kepada keseluruhan invois. Pihak bank akan membuat bayaran terus sebanyak 50% dari jumlah keseluruhan ATAU RM5000.00 kepada pembekal perkhidmatan mengikut budi bicara.

Borang Geran Padanan Pendigitalan PKS-BSN boleh dimuat turun di sini.

Dan, untuk maklumat lanjut ATAU sebarang pertanyaan, anda boleh merujuk di portal rasmi mereka di talian BSN : 1-300-88-1900

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 10 Apr 2018

Pernah Terfikir Bercuti Ke Angkasa Bersama Keluarga? Nah, Sekarang Waktunya!

Hotel ini dibina oleh syarikat Orion Span yang berpengkalan di Texas mempunyai pasukan tersendiri dalam misi jelajah angkasa bersama Nasa lebih 140 tahun.

Trending Thu, 1 Feb 2018

40 Peratus Penunggang Motor di Negeri Sembilan ‘Slumber’ Badak

Menurut laporan dikeluarkan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, Azrin Borhan, 40 peratus pelajar sekolah menengah di Negeri Sembilan didapati tidak memiliki lesen motosikal B2.

Trending Sun, 11 Mar 2018

Remaja Ini Koma Selama Setahun Dan Lumpuh Seluruh Badan

Dicabar Makan Lintah Oleh Rakannya, Remaja Ini Koma Selama Setahun Dan Lumpuh Seluruh Badan

Trending Fri, 12 Jun 2020
Trending Fri, 20 Apr 2018

Bawang Punya Pasal, Lelaki Dipenjara Tiga Hari

Majistret Mohd Firdaus Saleh menjatuhkan hukuman itu terhadap Rahaman Sukuler, 28, yang juga warganegara India selepas mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Trending Mon, 21 Jan 2019

Pemandu Toyota Vios Disah Positif Ganja

Memang sah positif ganja pemandu Vios yang terbabit dalam kemalangan mengakibatkan SUV terjunam

Trending Thu, 22 Feb 2018

KENAPA WANITA SUKAR DIFAHAMI?

Kaum lelaki harus faham, wanita tidak berterus terang dan selalunya menggunakan pendekatan ‘berkias’. Seringkali, lelaki perlu berusaha memahami segala kehendak wanita.

Trending Thu, 26 Mar 2020

| Live TV