Trending By: Salma Syahbuddin August 5, 2021 @ 11:57am

Bantuan Sehingga RM 1,000 One-Off Buat Warga Emas, Ini Cara Daftar & Syarat Permohonan

Program Penghargaan Warga Emas menerusi iSejahtera ini adalah inisiatif sumbangan penghargan yang dijalankan oleh negeri Pulau Pinang dengan memberi bantuan wang sebanyak RM150 setahun secara one off. Manakala, bagi warga emas yang meninggal dunia, sumbangan RM1,000 secara one-off akan diberikan kepada waris warga emas berkenaan.

Menerusi program iSejahtetra ini juga, Program Bantuan Ibu Tunggal dan Ibu Emas juga akan diberikan sumbangan wang sebanyak RM100 setahun secara one off dan, sumbangan bagi golongan kurang upaya (OKU) juga turut dinaikkan dari RM100 ke RM150 setahun secara one off.

Bagi golongan Ibu Tunggal atau OKU yang meninggal dunia, sumbangan wang sebanyak RM1,000 secara one-off akan diberikan kepada waris mereka.

Syarat Permohonan Program Penghargaan Warga Emas

Berikut merupakan syarat permohonan bagi bantuan penghargaan warga emas ;

  1. Pemohon mestilah berumur 60 tahun ke atas semasa mendaftar.
  2. Berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang.

Cara Pendaftaran Bantuan iSejahtera Warga Emas

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang pendaftaran yang diberikan secara percuma dan boleh diperolehi di semua Pejabat Daerah, Pusat Khidmat ADUN / Parlimen atau Pejabat Masyarakat Penyayang, Paras 46 KOMTAR dan pemohon diminta untuk kembalikan borang tersebut beserta dokumen sokongan yang diperlukan mengikut jenis program yang dipohon.

Bagi permohonan secara online pula, hanya Program Anak Emas, Warga Emas, Ibu Emas dan Ibu Tunggal sahaja boleh dilakukan.

Antara dokumen yang diperlukan adalah :

  1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
  2. Salinan Kad Pengenalan Waris.
  3. Salinan muka depan buku bank/penyata bank/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon.
  4. Salinan Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).
  5. Klik Disini Untuk Cetak Dokumen SPR

Semakan Pendaftaran

Status Pendaftaran boleh disemak samada melalui sistem iSejahtera atau dengan menghubungi Pejabat Masyarakat Penyayang di talian 04-650 5699/5700 atau Pejabat Daerah & Tanah mengikut daerah masing-masing. Kemudahan semakan status pendaftaran menerusi perkhidmatan SMS turut disediakan (buat masa ini terhad kepada Program Penghargaan Warga Emas sahaja).

Namun, tarikh bayaran akan dibuat secara berperingkat kepada penerima yang layak.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari https://isejahtera.penang.gov.my/ ATAU boleh hubungi Pejabat Daerah yang berkaitan.

ARTIKEL BERKAITAN : Syarat Layak & Cara Mohon Bantuan Bulanan RM500 Buat Warga Emas

 

Sumber : isejahterapenang

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 30 Jun 2023
Featured Tue, 27 Sep 2022
Trending Wed, 16 May 2018

Gadis Ini Jual 100 Buah Mini Cooper Di WeChat Dalam Masa 5 Minit

Pernah tak korang terfikir nak beli kereta melalui aplikasi WeChat?