Trending By: SGMS Faida August 14, 2018 @ 2:29am

Bapa Positif Dadah Tetak Anak Umur Lima Tahun

Kejam sungguh! Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun meninggal dunia selepas ditetak di kepala dan tangan dengan parang oleh bapanya sendiri.

Kejadian dilaporkan berlaku di rumah di Blok 11A Flat Puchong Permai, Subang Jaya, petang semalam.

Kanak-kanak itu dikatakan sedang tidur di atas tilam di bahagian ruang tamu rumah mereka di tingkat 4 flat berkenaan sebelum suspek berusia 35 menetaknya sebanyak tiga kali dengan parang.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, kejadian itu disedari seorang penduduk yang menyangkakan kanak-kanak itu jatuh dari tingkat 4 flat berkenaan sebelum melaporkannya pada polis pada 5.45 petang.

“Selepas membunuh mangsa, suspek dikatakan meletakkan mayat anaknya itu di luar pintu rumah sebelum dia mengurungkan diri di dalam.

“Polis yang menjalankan siasatan mendapati mangsa sebenarnya mangsa pembunuhan selepas menemui kesan tetakan pada kepala dan pergelangan tangan kanannya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, suspek mengaku membunuh mangsa selepas mendakwa mendengar suara ghaib menyuruhnya berbuat demikian.

“Siasatan mendapati suspek adalah peminum tegar air ketum selain saringan ujian air kencing mendapati dia positif dadah jenis Methamphetamine (syabu).

“Suspek sudah ditahan dan kami turut menemui parang digunakan dalam kejadian itu. Kes dianggap selesai,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 20 Feb 2024
Trending Thu, 25 Jun 2020
Hiburan Mon, 23 May 2022

Penangan Karakter Perampas, Wafariena Terima Ugutan Santau Kerana Watak Nurul Ain

Wafariena yang melakonkan watak Nurul Ain terima ugutan santau oleh peminat yang taksub dengan drama bersiri 7 Hari Mencintaiku Musim ke-3.

Trending Tue, 20 Mar 2018

Students Become Famous After English Video Project Goes Viral!

An English project suddenly became an international sensation.

Events Mon, 11 Apr 2022