Trending By: SGMS Faida April 20, 2018 @ 11:21am

Bawang Punya Pasal, Lelaki Dipenjara Tiga Hari

Selepas didapati bersalah mencuri bawang di sebuah pasar raya berjumlah RM11.26, seorang pekerja khidmat pelanggan dipenjara tiga hari dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini.

Majistret Mohd Firdaus Saleh menjatuhkan hukuman itu terhadap Rahaman Sukuler, 28, yang juga warganegara India selepas mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Tertuduh turut berdepan hukuman penjara dua bulan jika gagal membayar denda itu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bekerja di bahagian khidmat pelanggan Zara Mydin Melaka Sentral didakwa dengan niat curang mencuri dua beg plastik bawang besar bernilai RM11.26 milik syarikat itu pada 12.04 tengah malam 6 Mac lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya N Sivashangari memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh kerana mempunyai gaji tetap dan tidak sepatutnya mencuri.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman denda dikenakan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 1 Oct 2021

“Saya Rasa Berdosa, Takut Azab Allah Dari Kejian Manusia” – Didakwa Dengki Terhadap Ebit Lew, Firdaus Wong Buka Mulut

Sejak tular video seks yang didakwa milik pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew (UEL), pelbagai spekulasi mulai timbul. Malah, nama pendakwah Firdaus Wong turut terpalit gara-gara mendedahkan perbualan lucah didakwa milik UEL. Terbaharu, menerusi program bual […]

Trending Sun, 6 Jan 2019

Benarkah NASA Sembunyikan Ancaman NT7?

Marilah kita sama-sama berdoa agar dijauhkan dari bala bencana

Featured Thu, 6 May 2021

“Tak Semua Orang Suka Apa Yang Kita Tunjuk…”- Naim Daniel Komen Isu Selebriti Rentas Negeri

Penyanyi Naim Daniel menyuarakan pandangan beliau berkenaan isu rentas negeri yang melibatkan selebriti dan influencer. Menurut pemenang Anugerah Juara Lagu 34 ini, seseorang selebriti akan menjadi rujukan dan ikutan kepada para pengikut di sosial media. […]

Trending Fri, 5 Jul 2019

Ingat Ponteng Di Denda Melutut Atas Bara Kayu

Si Ibu arag anak supaya melutut diatas kayu api yang sedang dibakar . Aduh kesiannya!

Trending Mon, 16 Mar 2020
Trending Sat, 2 Jan 2021

Akhmal Nazri Selamat Bernikah 31 Disember Lalu

Wah, Jibam dah kahwin.. Tahniah!

Trending Wed, 29 Apr 2020