Trending By: Attiqah Mohd January 27, 2021 @ 4:28pm

Bayaran BPN 2.0 Ambil Masa Seminggu Untuk Dikreditkan – MOF

Bayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) Fasa Kedua yang keseluruhannya bernilai RM2.38 bilion memerlukan masa sekurang-kurangnya seminggu untuk dikreditkan kepada semua akaun penerima.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz semasa menjelaskan perkara itu berkata, terdapat pihak keliru mengenai bayaran BPN 2.0 yang mula disalurkan bermula 21 Januari lalu.

Katanya, beliau memohon supaya penerima bersabar, kerana ia satu jumlah yang besar dan memerlukan sekurang-kurangnya seminggu untuk pengkreditan sepenuhnya kepada semua penerima.

“Saya juga ingin berkongsi bahawa dari 21 hingga 24 Januari 2021, sebanyak 6.4 juta akaun sudah dikreditkan dan dari 25 hingga 29 Januari 2021, 3.8 juta akaun sedang atau akan dikreditkan.

“Selain itu, mulai 25 Januari 2021, kira-kira 750,000 penerima yang tiada akaun bank sudah mula membuat tuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di Semenanjung Malaysia bagi penerima B40 dan M40.

“Kerajaan berharap bantuan yang dipercepatkan ini sedikit sebanyak dapat membantu aliran tunai 11.06 juta penerima bujang dan isi rumah di saat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini,” katanya ketika menyampaikan laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) ke-38 secara maya, hari ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 24 May 2021

“Objektif Saya Adalah Untuk Beri Kesedaran Menyeluruh Mengenai Isu Palestin” – Neelofa

Selebriti dan usahawan popular, Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 32, mendorong orang ramai memperjuangkan dan membantu pembangunan semula Palestin menerusi jenama fesyen miliknya, Naelofar. Melancarkan kempen ‘Naelofar For Humanity’ dengan sokongan pihak MyFundAction, platform […]

Featured Mon, 6 Dec 2021

Nyanyian Semula Layu Di Hujung Mekar Trending #1 Di YouTube, Ramai Puji Afieq Shazwan Sesuai Bawa Genre Lagu Jiwang!

Lagu Layu Di Hujung Mekar yang dibawakan oleh kumpulan RIO pernah menjadi popular sekitar tahun 90-an dan kini masih lagi didengari oleh penggemar muzik. Baru-baru ini, syarikat rakaman FMC Music telah memuat naik video nyanyian […]

Featured Fri, 20 Jan 2023
Trending Sat, 24 Feb 2018

AWAS DENGAN PRODUK KECANTIKAN INI, ADA RACUN BERJADUAL RUPANYA!

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi berikutan pengesanan bahan racun berjadual dalam produk berkenaan.

Trending Tue, 26 Mar 2019