Trending By: Salma Syahbuddin February 5, 2021 @ 12:13pm

Bayaran Permohonan Rayuan GKP 2.0 Bermula Hari Ini

Bayaran bagi permohonan rayuan Geran Khas Prihatin (GKP 2.0) akan dibuat bermula hari ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, tempoh permohonan rayuan GKP 2.0 telah dibuka antara 7 hingga 21 Disember tahun lalu.

“Sukacita dimaklumkan bahawa hampir 52,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro diluluskan menerima untuk rayuan GKP 2.0 dengan peruntukan sebanyak RM155 juta.

“Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan ketika permohonan rayuan dibuat,” katanya.

Katanya, GKP 2.0 bertujuan meringankan beban kewangan perniagaan ekoran penularan wabak Covid-19 dan bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan demi kelangsungan PKS mikro.

Di bawah GKP 1.0 dan 2.0 yang diumumkan sebelum ini, lebih 850,000 PKS mikro seluruh negara telah menerima manfaatnya dengan jumlah keseluruhan bantuan sebanyak RM2.55 bilion.

Terdahulu, semakan status kelulusan boleh dibuat bermula 4 Februari 2021 melalui portal GKP, iaitu https://gkp.hasil.gov.my.

 

Sumber : LHDN

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 15 Jun 2020

Golongan Ibu Positif Covid-19 Boleh Teruskan Penyusuan

Ini mungkin maklumat yang bagus untuk anda!

Featured Wed, 2 Feb 2022
Featured Tue, 10 May 2022
Featured Thu, 30 Mar 2023

| Live TV

error: Content is protected !!