Trending By: Aisyah Badrul April 8, 2020 @ 2:57pm

Bayi Baru Lahir Diberi Nama “Lockdown” Sempena Hargai Jasa Frontliner

Sempena menghargai jasa semua pihak yang bertungkus-lumus berjuang memerangi wabak Covid 19 di negara India, sepasang suami isteri dari daerah Sheopur, Madhya Pradesh  bertindak menamakan anak mereka dengan nama “Lockdown”.

Bayi yang dilahirkan pada tanggal 6 April lalu di hospital daerah tersebut merupakan anak kepada pasangan suami isteri yang berusia 24 tahun dan menetap di perkampungan Baccheri.

Akibat situasi kawalan pergerakan yang berlaku di negara India selama lebih tiga minggu telah membimbangkan semua masyarakat India pada waktu tersebut, pasangan suami ini telah bersepakat untuk memberi nama Lockdown kepada bayi mereka yang dianggap sebagai unik.

Menurut pasangan suami isteri yang bekerja sebagai petani ini lagi, nama Lockdown yang diberikan kepada anak mereka merupakan simbolik bagi memperingati situasi Perintah Kawalan Pergerakan di India buat selama-lamanya.

“Isteri saya telah melahirkan bayi kami pada Isnin lalu. Semasa ingin mendaftar nama anak kami, kami telah bersepakat untuk menamakan anak kami dengan nama Lockdown,” , jelas bapa kepada bayi tersebut.

Perintah Kawalan Pergerakan di India telah dijalankan selama 21 hari bagi memutuskan rantaian wabak Covid-19 yang sedang menular ketika ini.

Sumber: indiatoday

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 4 Nov 2021

Suami Tidak Tahu Isteri Tidur Dengan Bosnya Agar Dinaikkan Pangkat

Seorang wanita mendedahkan rahsia bahawa suaminya sering dinaikkan pangkat kerana wanita itu mempunyai hubungat sulit dengan seorang ketua di syarikat tempat lelaki itu bekerja. Menurut laporan The Sun, wanita itu membuat perkongsian di akaun Twitter,

Featured Tue, 14 Mar 2023

[VIDEO] Lincah Menari, Penampilan Ning Baizura Dikritik

Alamak seksi sangat ke Kak Ning kita? Yang penting tetap vassss ya

Featured Tue, 10 May 2022
Hiburan Tue, 16 Aug 2022
Trending Fri, 2 Nov 2018
Trending Fri, 2 Aug 2019
Featured Sat, 11 Dec 2021

| Live TV

error: Content is protected !!