Trending By: SGMS Enal January 19, 2019 @ 10:00am

Bayi Pramatang Lahir 17 Hari Selepas Kematian Kembar

Bayi pramatang, dilahirkan lewat 17 hari dari kembarnya, mempunyai peluang tipis untuk hidup, namun kini sihat dan normal seperti bayi lain.

Jangkaan itu dibuat oleh doktor kerana kembarnya yang berusia 21 minggu meninggal dunia sejurus dilahirkan oleh ibu mereka, Gemma Bryant.

Gemma diberitahu oleh doktor bahawa dia akan melahirkan bayi kedua yang diberi nama Lexie Sienna Bryant itu dalam tempoh beberapa hari dan perlu bersedia kehilangannya.

Namun, siapa menyangka, Lexie mampu bertahan di dalam rahim ibunya selama lebih dua minggu apabila dia dilahirkan di usia kandungan 23 minggu.

Selepas menghabiskan 100 hari di unit rawatan rapi, Lexie dibenarkan pulang ke rumah namun dia perlu bergantung dengan bantuan wayar untuk makan dan bernafas.

”Lexie bertambah kuat setiap hari, kami sangat berbangga, dia merupakan keajaiban dan begitu berharga buat kami,” kata Gemma.

Dari hanya mempunyai harapan tipis untuk hidup, berkat semangat ibu bapanya yang tidak pernah berputus asa, Lexie kini baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran pertamanya.

Gambar : Mirror UK

”Hari lahirnya sangat menakjubkan, bagi kami ia merupakan hari yang paling gembira.

”Kami merasa sangat betuah dapat menyambut hari istimewa ini bersamanya, masa terasa berlalu begitu pantas sejak dia dilahirkan,” kata Gemma.

Sumber : Mirror

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 28 Apr 2020
Trending Mon, 12 Jul 2021

Tampil Dengan Single ’Aku Budak Boy’, Neon Band Band Tumpang Populariti Lagu ’Aku Budak Girl’?

Lagu ‘Aku Budak Girl’ daripada bintang Tik Tok, Suekhaizhar telah menjadi antara lagu paling popular tahun ini dengan pencapaian video #1 paling trending di YouTube untuk satu tempoh yang panjang dan jumlah tontonan video lirik […]

Featured Wed, 15 Mar 2023

Shila Amzah Kongsi Momen Tangani Anak Alami ‘Speech Delay’- “Kena Banyak Bersabar, Jangan Give Up!”

Wah, sekali dia sebut words sedap giler dengar! Accent tu mahal ek..🤩

Trending Thu, 16 Jul 2020

BSH Fasa Ke-3: Semak Cara Status Pembayaran

Jom semak cara pembayaran status BSH fasa ketiga!

Trending Wed, 18 Nov 2020