Trending By: SGMS Faida July 30, 2018 @ 6:40am

Bekas Mak Nyah Berhijrah Cari Jodoh Usahawan

“Insya ALLAH, akhir tahun ini saya akan menunaikan umrah di Makkah dan di sana nanti saya berhasrat untuk berdoa kepada ALLAH agar memberikan jodoh terbaik buat saya,” itu kata bekas mak nyah, Mohd Khariri Mohamad Ramli yang telah berhijrah.

Nama Khariri atau lebih popular sebagai Cikgu Erin menjadi bualan apabila dia nekad berubah selepas bergelumang hampir 20 tahun hidup sebagai seorang mak nyah.  

Cikgu Erin meluahkan sebagai seorang manusia biasa, dia juga teringin membina keluarga bahagia sama seperti orang lain.

Dalam pada itu, Cikgu Erin juga mengaku ada berkawan dengan beberapa wanita.

“ Saya target dalam dua tahun lagi untuk berkahwin. Saya serahkan soal jodoh kepada ALLAH SWT,” katanya.

Cikgu Erin memberitahu dia bakal menunaikan Umrah hujung tahun dan ingin berdoa agar urusan dipertemukan jodoh dipermudahkanNya.

“ Niat berkahwin sudah ada cuma saya perlukan petunjuk di sana. Sebelum ini pada tahun 2012, saya pernah ke sana tetapi pada waktu itu, fokus saya lebih kepada ibadah penyucian diri dan jiwa.

“ Kali ini fokus saya kepada jodoh pula, Insha Allah doakan yang terbaik buat saya,” katanya.

Memetik laporan Sinar Harian, dia enggan berkawan terlalu rapat dengan  wanita kerana bimbang mengecewakan mereka namun berhasrat jodohnya nanti datang dari kalangan usahawan.

“Saya memiliki kepakaran dalam dunia kecantikan dan jika dapat isteri usahawan bolehlah saya kongsi kepakaran ini dengannya nanti,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Khariri berkata dia kini dilantik sebagai pembantu mutawif oleh sebuah agensi pelancongan untuk membimbing mana-mana golongan transgender yang berhasrat menunaikan ibadah umrah di Mekah.

Bersyukur dan gembira dengan pelantikan itu, anak kelahiran Chemor, Perak ini akan diberi latihan dan kursus khusus bagi melengkapkan dirinya sebagai mutawif dalam usaha memberi keselesaan kepada mak nyah beribadah di sana.

“Golongan ini ada banyak perkara yang perlu dibantu. Saya tahu kerana saya sendiri pernah melaluinya dan ini antara perkara-perkara yang hanya golongan mak nyah yang faham,” katanya.

Mohd Khariri pernah bergelumang dalam dunia mak nyah selama 18 tahun sebelum mengambil keputusan untuk kembali ke pangkal jalan pada tahun 2012.

Dalam tempoh itu, dia menjalinkan hubungan dengan beberapa lelaki yang menjadikannya sebagai pekerja seks, penjual dadah dan bertindak memukulnya.

Dia juga melakukan beberapa pembedahan, menyuntik hormon dan memakan pelbagai jenis pil bagi membolehkan dirinya menjadi wanita.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 11 Nov 2018

Air Minuman Jenama Tempatan Yang Diimport Dari Malaysia Ditarik Balik

Air Minuman Jenama Tempatan Ditarik Balik Selepas Didapati Mengandungi ‘Bakeria Alam Sekitar’

Trending Thu, 1 Aug 2019

懒男福音!日本超狂商品「伪胸肌垫」穿上身秒变天菜

天下没有白吃的午餐,健壮的肌肉往往都要经过许多的苦练才能练成,不过最近日本却出现了一样神奇发明,堪称是造福广大男性的福音啊

Trending Wed, 31 Mar 2021

Selepas 13 Tahun Menyepi, VE Muncul Dengan Lagu Baru

Voices of Euphonious (VE) bukan nama baharu dalam industri muzik. Kumpulan vokal harmoni itu telah ditubuhkan pada 1997, namun selepas sedekad bersama, mereka akhirnya membuat keputusan untuk membawa haluan masing-masing. Tahun lalu, selepas hampir 13 […]

Figura Fri, 12 Jan 2024

Raih Tempat Kedua Dalam 10 Filem Terbaik Di Netflix, Najib Mohon ‘Man On The Run’ Dilarang Tayang

Perkara yang dinyatakan dalam filem tersebut dikatakan bersifat fitnah, subjudis, prejudis dan berat sebelah.

Featured Wed, 25 Jan 2023