Trending By: SGMS Enal October 11, 2019 @ 2:28pm

Belanjawan 2020 Akan Dibentangkan Hari Ini

Menteri Kewangan Lim Guan Eng dijadual membentangkan Belanjawan 2020 yang sangat dinanti-nantikan di Dewan Rakyat pada 4 petang hari ini.

Ia merupakan kali kedua beliau membentangkan belanjawan tahunan negara itu.

Ramai rakyat Malaysia berkongsi harapan dan keinginan mereka untuk Belanjawan 2020 termasuk hasrat untuk melihat pelaksanaan inisiatif sosioekonomi yang memberi kesan secara langsung terhadap transformasi digital yang berterusan di bawah Revolusi Industri Keempat (IR 4.0).

Orang ramai tidak sabar untuk mendengar pengumuman inisiatif berkenaan bagi menampung kos sara hidup yang meningkat dan lebih banyak peluang untuk menikmati kehidupan berkualiti.

Kebanyakan ahli ekonomi menyatakan harapan bahawa belanjawan kali ini perlu memberikan hala tuju yang lebih besar daripada kerajaan menerusi visinya dan memberi tumpuan kepada pertumbuhan yang mampan.

Sementara itu, persatuan perubatan mendesak kerajaan supaya mengkaji semula keberkesanan dan kelemahan dasar kesihatan sedia ada demi manfaat untuk rakyat.

Menerusi matlamat utama untuk meningkatkan kemakmuran rakyat dalam cara yang adil dan inklusif, kerajaan Pakatan Harapan mendengar suara rakyat sambil berusaha mengotakan janjinya untuk memulihkan Malaysia kepada kedudukan fiskal yang lebih kukuh menjelang 2022, walaupun mewarisi kedudukan kewangan yang membimbangkan.

Majoriti penganalisis berkata Belanjawan 2020 akan mencerminkan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang bertujuan menyusun semula ekonomi dan jurang perbezaan antara orang kaya dan golongan miskin.

Sebagai rekod, peruntukan sebanyak RM314.5 bilion disediakan untuk Belanjawan 2019 bertemakan ‘Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera’.

Belanjawan 2020 juga merupakan belanjawan kedua kerajaan Pakatan Harapan, sejak ia memerintah pada Mei 2018.

Pembentangan Belanjawan Malaysia 2020 akan disiarkan secara langsung menerusi media massa, saluran media sosial dan akaun rasmi Facebook serta Twitter Kementerian Kewangan.

Sumber: BERNAMA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 24 Nov 2018

Allahuakbar…Anak Yatim, Asnaf Hilang Tempat Tinggal Selepas Rumah Ini Dijilat Api

Seramai 13 penghuni yang berada di lokasi sudah menyelamatkan diri ketika pasukan bomba tiba dan api berjaya dikawal jam 1.46 tengah hari.

Trending Mon, 6 May 2019

Mimpi Gaung Api Dan Hari Kiamat, Youtuber Ini Kongsi Kisah Penghijrahan Ramadhan

wanita ini mengakui pernah bermimpi kejadian aneh seperti peristiwa hari kiamat dan bermimpi seakan dirinya jatuh ke dalam gaung api

Trending Thu, 9 Apr 2020
Trending Thu, 30 Jan 2020
Trending Tue, 28 Jan 2020
Trending Thu, 27 Feb 2020
Trending Wed, 14 Mar 2018

‘Power Couple’ Zayn Malik & Gigi Hadid Dah Berpisah! Ini Sebabnya…Oh, Tidak!

Bukan selalu kita dapat jumpa pasangan selebriti di mana dua-dua individu pun fotogenik dan cantik.

Trending Thu, 23 Apr 2020

Saksikan Perutusan Khas Perdana Menteri Di TV3 Malam Ini

Agaknya apa yang TSMY nak sampaikan..

Trending Wed, 27 Jun 2018

Sharnaaz Ahmad Perli Abang Terlajak Laris

Adakah Sharnaaz Ahmad mengeluarkan kenyataan tersebut dengan niat mahu memerli tindakan Abang terlajak laris?

| Live TV