Trending By: Shaidah Shafie October 18, 2019 @ 9:00am

Bella Hadid wanita tercantik di dunia!

Apakah rasanya menjadi wanita tercantik di dunia meskipun empunya diri tidak pernah meminta dinobatkan sebagai figura paling sempurna di mata dunia? Antaranya model antarabangsa, Bella Hadid yang dikatakan memiliki raut wajah sempurna, begitu juga dengan kakaknya, Gigi Hadid.

Tidak hairanlah apabila pertubuhan antarabangsa, The Golden Ratio of Beauty Phi, mengumumkam Bella sebagai wanita tercantik di dunia berdasarkan standard piawaian perkiraan yang berasaskan pengiraan Yunani klasik.

News18.com dalam satu perkongsian mengenai pengumuman itu menyatakan pengiraan berkenaan mengambil kira aspek bentuk wajah merangkumi kedudukan mata, hidung dan bibir pada keseluruhan wajah.

Bella Hadid diumumkan wanita tercantik di dunia oleh The Golden Ratio of Beauty Phi. Sumber: Instagram Bellahadid.

Umum mengetahui Yunani sering dikaitkan dengan wanita cantik, sempurna dan tiada tolok banding lantaran ritual kecantikan yang diamalkan wanita yang lahir di negara berkenaan. Tidak mustahillah mereka mendukung gelaran wanita tercantik kerana bahan-bahan kecantikan yang digunakan juga adalah daripada semula jadi dan bersifat alami seperti madu, badam, dadih dan herba.

Dalam satu perkongsian lain di Nationalpost.com, kaedah pengiraan berkenaan lazim digunakan arkitek mahupun artis seperti Michelangelo dan Leonardo da Vinci  untuk mengukur fizikal kecantikan wanita. Pengukuran wajah itu dilakukan berdasarkan formula saintifik yang dihasilkan oleh cendekiawan Yunani mengenai kecantikan wajah seseorang wanita.

Formula dinamakan ‘Ratio Emas’ itu menyatakan raut wajah Bella adalah 94.35 peratus sempurna berbanding Beyonce yang menduduki tangga kedua carta wanita tercantik di dunia dengan ratio 92.44 peratus.

Kajian pengukuran yang dilakukan ahli bedah kosmetik wajah terkenal yang berpangkalan di Harley Street, London, Dr Julian De Silva itu juga menjelaskan Bella layak memegang status berkenaan kerana ukuran fizikal yang diaplikasi untuk standard kesempurnaan terhadap wajahnya memenuhi kriteria yang dikehendaki.

“Bella Hadid memenuhi kriteri itu apabila semua unsur wajah diukur untuk kesempurnaan fizikal. Dia mempunyai bacaan keseluruhan tertinggi untuk dagunya, dengan skor 99.7 peratus, hanya 0.3 peratus daripada bentuk sempurna,” katanya kepada The Daily Mail yang dikongsi dalam News18.com

Bella Hadid diumumkan wanita tercantik di dunia oleh The Golden Ratio of Beauty Phi. Sumber: Instagram Bellahadid.

Bella atau Isabella Khair Hadid dilahirkan pada 9 Oktober, 1996 di Amerika Syarikat, memiliki ketingian 1.75 meter sekali gus mengabsahkan beliau sememangnya memiliki ketinggian dan figura seorang model.

Anak kedua daripada lima beradik, Bella memiliki mata berwarna biru-hijau dengan rambut perang semula jadi dan kombinasi itu menjadikan wajahnya tampak unik selain berdarah campuran Belanda di sebelah ibu dan Palestin di sebelah bapanya.

Sebagaimana wanita muda lain yang mementingkan  kecantikan dan penjagaan kesihatan, Bella mengatur jadual pemakanannya dengan baik dan seimbang, namun beliau juga gemar menikmati donut dan aiskrim sekiranya berpeluang.

Dalam satu temu ramah yang disiarkan dalam Delish.com, Bella mengakui perlu sentiasa makan untuk mengatasi masalah paras gula rendah dalam darah, selain memastikan sekiranya ada penggambaran, beliau akan berhenti untuk makan tengah hari seperti menikmati pasta atau sandwic salmon, ayam dan sayur.

Beliau juga mengakui, hanya akan memilih makanan yang benar-benar bermanfaat untuk badannya kerana jika terlebih makan, beliau mudah berasa letih.

“Saya gemar menikmati makanan yang ada sumber protein kerana jika terlebih mengambil makanan yang tidak sesuai dengan saya, saya akan berasa letih yang amat sangat.

“Jadi lebih baik saya memilih makanan yang akan membuatkan saya berasa sihat dan bagus selain saya suka minum jus hijau yang dicampur halia sekiranya berada di set penggambaran,” katanya sperti yang disiarkan dalam temu ramah dengan Harper’s Bazaar.

Bella (kiri) bersama Gigi dan Yolanda. Foto: Kevin Mazur /Getty Images.

Tidak hairanlah jika setiap langkah Bella di persada antarabangsa mencuri perhatian dunia kerana beliau mewarisi bakat berkenaan daripada ibunya, Yolanda Hadid, yang juga bekas model ketika mudanya.

Selain Beyonce, pelakon Amber Heard menduduki tangga ketiga dengan nisbah 91.85 peratus, manakala bintang pop Ariana Grande pada tangga keempat dengan 91.81 peratus.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Fri, 12 May 2023

ABPBH Ke-35 Kembali! Kekalkan Legasi Seni Dengan Iktiraf Bakat Muda

Wah banyak kategori baru untuk ABPBH-35! Jangan lupa undi bintang kegemaran korang sebelum 11 Jun depan 🤩

Featured Fri, 3 Feb 2023

Aeril Zafrel Puji Sophia Albarakah Manja, Ini Reaksi Wawa Zainal

Alamak, habis la Aeril 🤣 Tidur luar ke tu? Hihiiii

Trending Sat, 7 Sep 2019

Kerana Mengandung Di Belasah Teman Lelaki

Sudahlah sedang mengandung 5 bulan dipukul teman lelaki dengan teruk

Trending Thu, 2 Aug 2018
Hiburan Thu, 18 Jan 2024
Featured Tue, 10 May 2022

Degupan Jantung Anak Dalam Kandungan Terhenti Seminggu Sebelum Raya, Elvina Mohamad Keguguran 

Anak syurga.. Elvina lakukan prosedur membersihkan rahim hari ini

Trending Fri, 22 Feb 2019

Teman lelaki Khloe Kardashian dituduh curang dengan kawan baik Kylie Jenner

Aduhai, tidak habis-habis drama swasta mereka ini!

Trending Fri, 6 Sep 2019

So What’s Gonna Happen to f(x) Now?

One by one, the Queens are leaving. So what should we expect from members of f(x) now?