Trending By: Ad Ops January 23, 2018 @ 5:00pm

Benarkah Laptop Ganggu Kesuburan?

Seiring dengan perkembangan teknologi, komputer riba atau laptop merupakan antara gajet penting yang harus ada dengan setiap individu. Selain untuk kerja, laptop juga digunakan untuk melayari internet, menonton video dan pelbagai lagi.

Malah, menurut Pakar Penyelidik di Persatuan Chiropractic Britain, Tim Hutchful, rata-rata masyarakat masa kini menghabiskan 80%  daripada waktu mereka di hadapan laptop dan ia ternyata memberi kesan negatif pada kesihatan tubuh.

Namun, pernahkah anda mendengar bahawa laptop mampu menganggu kesuburan seseorang? Benarkah fakta ini atau ia hanya mitos semata-mata? Terdapat segelintir berpendapat bahawa haba daripada laptop boleh menjejaskan kesuburan dengan merosakkan telur wanita dan sperma lelaki.

Apapun kepada wanita di luar sana, anda tidak perlu terlalu khuatir tentang perkara ini kerana belum ada lagi bukti atau kajian kukuh yang menunjukkan haba daripada laptop mempunyai kesan negatif terhadap kesuburan wanita.

Ini kerana telur seorang wanita dihasilkan dalam ovari dan memandangkan ovari berada di dalam tubuh badan, jadi ia tidak terlalu terdedah dengan sumber haba. Pendek kata, ovari wanita dilindungi daripada suhu tinggi yang boleh menjejaskan pengeluaran telur.

Walau bagaimanapun, seorang wanita mungkin perlu risau tentang kesan laptop terhadap pasangan mereka. Ini kerana, penggunaan laptop lebih-lebih lagi yang diletakkan atas pangkuan riba serta digunakan untuk jangka masa lama dapat menjejaskan kesuburan lelaki. Haba panas daripada laptop dikatakan mampu meningkatkan suhu buah zakar yang terletak di luar badan sekaligus menganggu pengeluaran sperma.

Menurut satu kajian yang dilakukan Conrado Avendano dari Nascentis Medicina Reproductive di Cordoba, penggunaan laptop dengan sambungan Internet tanpa wayar (Wifi) yang diletakkan berhampiran organ pembiakan lelaki sebenarnya boleh mengurangkan kualiti sperma mereka sekaligus menjejaskan peluang tiga perempat daripada golongan lelaki untuk bergelar bapa.

Ini berdasarkan kajian yang dilakukan menunjukkan sambungan Internet tanpa wayar menghasilkan sinaran gelombang elektromagnet yang mampu memusnahkan sel sperma di dalam organ pembiakan lelaki. Ia juga tanpa disedari boleh menyebabkan kerosakan asid deoksiribonukleik (DNA) dalam sperma lelaki.

Bagaimanapun, Persatuan Urologi Amerika Syarikat menyatakan impak penggunaan alat teknologi moden terhadap tahap kesihatan masih samar-samar, sebaliknya gaya hidup sihat lebih memainkan peranan penting untuk menentukan kesuburan seseorang individu.

Jadi kepada wanita di luar sana, jangan terlalu berasa selamat dan sebagai langkah keselamatan, elakkan untuk meletakkan laptop dalam jangka masa yang lama di pangkuan riba. Anda mungkin boleh meletakkan bantal sebagai alas atau meletakkan sahaja laptop di atas permukaan seperti meja atau sebagainya.

 

Sumber : Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di :-

GooglePlay: bit.ly/WanitaAndroid

AppStore: bit.ly/WanitaApple

 

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 12 Jun 2023

Ustaz Wadi Annuar Perjelas Isu Hadiri Majlis Resepsi Janna & Dini – “Saya Ambil Keputusan Untuk Tak…”

Penceramah Ustaz Wadi Annuar tampil memberikan penjelasan berkenaan dirinya menghadiri majlis resepsi pasangan pelakon Janna Nick dan Dini Schatzmann di Langkawi, Sabtu lalu. Menurut Ustaz Wadi, dia dijemput untuk menghadiri majlis perkahwinan tersebut dan membacakan […]

Featured Thu, 26 Jan 2023
Trending Wed, 6 Jul 2022

“Dia Mungkin Terkenal Dengan Kontroversi Tapi…” – Fasha Sandha Dedahkan Sifat Sebenar Bekas Suami

Fasha Sandha menyifatkan bekas suami merupakan seorang yang baik hati.

Featured Thu, 22 Jun 2023

Nikki Palikat Tampil Dengan Lagu ‘Panas’

Nikki Palikat buat comeback guys

Trending Tue, 22 May 2018

Najib’s Lawyers Quit Right Before Questioning by MACC

It seems like Najib’s legal team would rather quit than fight for him.

Trending Tue, 24 Mar 2020
Trending Fri, 17 Aug 2018

‘Sekurang-Kurangnya Bagi Saya Peluang Bercakap’, Calon Temuduga Luah Rasa!

Namun apa yang cuba saya sampaikan di sini adalah sikap pengurus dan pegawai sumber kemanusiaan di situ yang membuatkan saya kecewa. Mereka mempersendakan kelayakan yang dikatakan tidak mencapai piawaian.

error: Content is protected !!