Trending By: Padin February 8, 2021 @ 5:53pm

“Beranganlah You Ni… Tak Sama Langsung” – Dikatakan Persis Jue Aziz, Wanita Ini Terima Kecaman Netizen

Seorang wanita menerima kecaman netizen selepas dikatakan mempunyai persamaan dengan pelakon Jue Aziz.

Semalam, tular sebuah sedutan video di laman sosial Twitter yang memaparkan seorang wanita berniqab dan lebih mengejutkan, wanita berkenaan disapa dengan panggilan Jue Aziz.

Dalam video terbabit, wanita berpurdah itu turut mengulas mengenai tawaran berlakon drama dengan imej terbaharunya.

Sekilas pandang, mata wanita berpurdah itu saling tak tumpah dengan Jue dan perkara sama diperakui oleh netizen.

Hasil siasatan warga Twitter, wanita tersebut Nur Nazirah Aleeya Zakaria, 34, usahawan kosmetik jenama Diamond Gold Beauty.

Wanita itu juga turut menjernihkan kenyataan mengenai video tular di laman sosial terbabit di laman Instagram miliknya.

“Pembantu saya, Sarah maklumkan video gurauan kami viral dan nasihatkan saya jangan tengok komen takut saya tak kuat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Founder DG Beauty (@nur_qasehaleeya)

“Senyap-senyap saya siasat, Masya-Allah, menggigil satu badan dibuatnya, rasa nak pitam! Paling sedih sekali part tak pakai stokin walhal berniqab! Saya pakai stoking, cuma warna skin colour.

“Sebelum saya menjelaskan secara lanjut, nama saya Nur Nazirah Aleeya. Saya bukanlah pelakon Jue Aziz, sebaliknya adalah pengasas Diamond Gold Beauty.

“Untuk pengetahuan ramai, video saya yang tular semalam adalah video gurauan antara saya sebagai majikan dengan staff saya. Jujur cakap, saya tiada pertalian darah langsung dengan Jue Aziz,” tulisnya.

Dalam pada itu, Aleeya turut mendedahkan dia menerima kecaman netizen selepas video terbabit tular.

“Tak cukup di Twitter, menderu saya dapat banyak mesej yang mengecam saya. Ada yang cakap saya ni berangan, ada yang suruh saya cermin muka, saya cari publisiti murah, cakap saya ni Jue Aziz versi bengkak dan banyak lagi.

“Ingin saya tegaskan dan jelaskan sekali lagi, video yang viral hanyalah sekadar gurauan antara staf saya yang sering panggil saya dengan panggilan Jue Aziz.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Founder DG Beauty (@nur_qasehaleeya)

“Saya sendiri tak pernah nak claim wajah saya macam dia. Di sebalik kecaman itu, saya pun ada terima juga kata-kata positive, Alhamdulillah.

“Saya mahu memandang optimis sahaja perlara sebegini dan nak anggap isu ini sebagai dugaan berniaga. Sekali lagi saya nak mohon maaf kepada Jue Aziz, tak pasal-pasal dia terpalit sama isu ni,” tulisnya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 9 Dec 2019

CEO Finas Diberi Tekanan Untuk Berhenti?

Ahmad Idham tamatkan kontral awal kerana ditekan.

Hiburan Wed, 14 Feb 2024
Hiburan Wed, 20 Sep 2023
Hiburan Fri, 29 Sep 2023
Trending Sat, 3 Oct 2020
Featured Mon, 9 May 2022

Jualan Mencecah RM7.5 Juta, Khairul Aming Selesa Naiki Kereta Bezza – “Bonet Luas, Legroom Luas, Minyak Jimat”

GTR, Mustang? Nope, Bezza it is! Jutawan low-profile sangat Khairul Aming nii. Kagum!

Cahaya Mata Fri, 19 May 2023

Sempat Singgah McDonalds Tahan Sakit, Nina Nadira Selamat Melahirkan Anak Kedua

Bab makan mesti sempat kan! Alhamdulillah, congrats Nina and suami