Categories: Trending

Berani! Gigi Hadid Halau Model Di Runway PFW 2019?

Baru-baru ini kecoh di pentas peragaan jenama terkenal Chanel semasa Fashion Show di Paris apabila Gigi Hadid bertindak menghalau seorang model ketika runway sedang berlangsung!

Rupa-rupanya, model yang dihalau ialah seorang Youtuber terkenal dari Perancis, Marie Beloniel yang tiba-tiba naik ke pentas untuk membuat prank dan berjalan di antara model-model lain. Kejadian itu membuatkan laluan pentas peragaan itu menjadi perlahan kerana terpaksa memberikan laluan kepada Marie.

 

Sumber: @brindillesparis
Gigi antara supermodel yang berpeluang memperagakan koleksi Chanel di Paris Fashion Week minggu lalu bertindak pantas menghalau Marie turun supaya tidak mengganggu runway tersebut. Memang savage tindakan Gigi!

Kejadian itu membuatkan, bukan sahaja model yang terkejut malah, ada yang ketawa melihat aksi spontan Marie yang tidak mahu turun daripada pentas tersebut. 

 

Sumber: @fashionhistory_by_ariella

Tindakan profesional Gigi nampaknya menerima pujian dari tetamu yang hadir dan netizen yang menyaksikan video tersebut menerusi video yang dimuat naik di instagram.

Anyway, jangan main-main dengan Gigi Hadid guys

Syafiqa Irdina