Trending By: Padin April 21, 2022 @ 5:25am

Berani Pakai Emas Bernilai Ratusan Ribu, Ifa Raziah Pasang 5 Bodyguard

Selebriti serba boleh, Ifa Raziah menggunakan khidmat lima pegawai peribadi yang menjaganya ketika dia memakai barangan kemas berharga ratusan ribu ringgit.

Sedia maklum dengan risiko yang bakal dihadapi berkaitan dengan keselamatan diri, pelantun lagu Ser Ser Ser ini mempunyai alasannya yang tersendiri.

“Jika saya pakai barang kemas sebegini, saya ada lima bodyguard yang akan duduk keliling, jaga dan pantau, lagipun bukan selalu saya pakai emas sebegini. Ada majlis tertentu sahaja kerana selain bergelar artis, saya juga ada perniagaan sendiri serta mengusahakan produk.

“Ini juga sebagai salah satu suntikan motivasi. Cara pemasaran yang orang tengok sekarang ini, mereka yang tengok benda yang ‘ada’ di depan mata. Baru orang akan percaya, baru orang ingat kau berjaya. Kalau tak tunjuk kereta empat lima buah atau ada emas berkilo-kilo contohnya, kau tidak berjaya.

“Begitulah pandangan orang yang saya sendiri pun kurang faham. Dah mentaliti orang macam tu, sebati dah, jadi apa boleh saya lakukan? Cara saya pula, saya tak mahulah menunjuk itu semua (wang ringgit), tetapi saya pakai barangan kemas.

“Selain itu, boleh lihat Starvendora yang saya usahakan. Lihat dan saksikan nanti, ramai atau tidak pengunjung. Kalau tak ramai, saya belum benar-benar berjaya… Macam tu juga kalua perkara sebaliknya terjadi,” katanya.

Ifa ditemui pada sidang media Starvendors Mega Fest Raya 2022 di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Turut dilancarkan ialah lagu dan muzik video Mega Raya yang dipersembahkan Ifa bersama 20 selebriti tanah air.

“Alhamdulillah, selepas dua tahun kita berhadapan dengan pandemik, Starvendors Mega Fest Raya 2022 kini kembali untuk merancakkan ekonomi usahawan tempatan. Untuk kali ini, Starvendors Mega Raya Fest 2022, Festival Gaya Raya telah dipersetujui dan disokong penuh oleh Kemeterian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dan SME Corp Malaysia.

“Saya selaku Pengarah Urusan dan Pengasas StarVendors Event Sdn Bhd optimis terhadap penganjuran kali ini selepas dua tahun rehat. Malah, kita berhasrat untuk buat rekod baru iaitu selama 75 jam jualan tanpa henti sekaligus akan tercatat dalam Malaysia Book of Records (MBOR). Sebelum ini hanya 72 jam sahaja.

“Ia akan bermula 9 pagi pada 22 April dan akan tamat tepat jam 12 tengahari pada 25 April. Seramai 55 artis akan bergabung bersama para usahawan vendor lain,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 29 Mar 2023
Hiburan Wed, 12 Jul 2023

Sebaknya! Caprice Bantu Bakal Atlet Negara Dari Keluarga Miskin Raih Perhatian, Siap Buat ‘Surprise’ Tan Boon Heong Lagi!

Min pun sebak, moga Caprice dan keluarga dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki💖

Trending Sun, 9 Sep 2018

Empat Hari Akaun Instagram Dibuka, Jebat Jayden Kumpul Sebanyak 80,800 Pengikut!

Seminggu kelahirannya, Jebat Jayden sudah pun menjadi perhatian ramai di laman sosial Instagram.

Trending Fri, 4 Sep 2020
Hiburan Wed, 27 Mar 2024
Featured Thu, 24 May 2018

Gara-Gara Sindir Tun M, Pelakon Johan As’ari Kena Sound Dengan Senior Umie Aida?

Pelakon berbakat Johan As’ari kena sound dengan Datin Seri Umie Aida (Umie) gara-gara sindir Tun Mahathir?