Trending By: Padin March 18, 2021 @ 7:06am

Berhentikan Sekolah Antarabangsa, Anak-Anak Fazley Selesa Belajar Dari Rumah

Cef selebriti terkenal, Datuk Fazley Yaakob, 43, mengakui dia menghentikan persekolahan tiga anak lelakinya di sebuah sekolah antarabangsa semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang dilaksanakan awal tahun ini.

Kini, Ahmad Fariedz Shah, 13; Ahmad Fieradz Shah, 12; dan Ahmad Firudz Shah, 10, bersekolah secara dalam talian di rumah dengan mengikuti sistem Wolsey Hall Oxford dari United Kingdom.

“Sejujurnya, saya risaukan keadaan anak-anak di sekolah kerana situasi pandemik yang berlaku. Saya rasa bersyukur kerana semenjak mereka bersekolah secara dalam talian, mereka kelihatan gembira, selesa dan lebih fokus pada pelajaran.

“Apa yang boleh saya katakan, kaedah ini tak jauh bezanya dengan konsep Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Tetapi, sistem terbabit memerlukan saya dan isteri menjalankan tanggungjawab untuk memantau apa yang dipelajari oleh anak-anak.

“Sebenarnya, saya ambil masa sebulan juga untuk membuat keputusan memberhentikan anak-anak di sekolah antarabangsa dan bersekolah di rumah. Insya-Allah selepas segalanya pulih seperti dahulu, saya dan isteri akan tetap menghantar anak ke sekolah,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato’ Fazley Yaakob (@fazleyyaakob)

Fazley ditemui di majlis prebiu buffet Ramadan Sajian Merentasi Zaman di Hotel Four Season Kuala Lumpur (FSKL) baru-baru ini.

Air tangan Fazley digunakan untuk menyediakan Sajian Merentasi Zaman yang menawarkan pelbagai hidangan tradisional dari serata negeri dalam Malaysia sepanjang bulan Ramadan ini.

“Tahun ini tahun ketiga saya berkolaborasi dengan FSKL. Pelbagai menu enak tradisional bakal saya dan team sediakan untuk memberi peluang pengunjung mengimbas semula kenangan berbuka puasa dengan ibu bapa dan keluarga di kampung.

“Hidangan yang lazat itu adalah untuk mengingati kenangan zaman kanak-kanak dan membesar bagi pelanggan seusia saya terhadap kampung halaman. Semuanya enak-enak belaka, jadi jangan lepaskan peluang untuk mencubanya,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 18 Sep 2020
Trending Wed, 25 Apr 2018

I’m Scared – Reaksi Fathia Latiff Setelah Dipanggil SKMM Kerana Salah Guna Media Sosial

Kelantangan Fathia Latiff melalui laman media sosial sebelum ini akhirnya membawa padah.

Trending Wed, 24 Mar 2021
Trending Thu, 22 Mar 2018

「爱睡症患者」肯定都这样!

插画艺术家LiNGViSTOV是一个来自俄罗斯的团队所组成,他们当初透过Skype学英文而认识,因为热爱卡通、插画因而开始创作。「爱睡症患者」才懂的嗜睡插画就此诞生!

Trending Sat, 29 May 2021

“Kita Takkan Pernah Mati Dengan Cacian….” – Warganet Dakwa Lakonan Kayu, Ini Respons Sharifah Rose

Pendatang baru, Sharifah Rose, 23, terus optimis biarpun dihujani kritikan yang mendakwa lakonannya ‘kayu’ dalam drama bersiri Kekasih Hati Mr Bodyguard. Mula dikenali sebagai ‘instafamous’ sebelum berjinak dengan dunia lakonan, Rose bersikap terbuka dan menerima […]

Hiburan Tue, 12 Sep 2023