Trending By: Padin July 17, 2021 @ 5:54pm

Beri Bantuan Barangan Asas, Neelofa Hulur Sumbangan Sempena Hari Raya Aidiladha

Selebriti dan usahawan popular, Neelofa mengambil inisiatif membantu golongan memerlukan menerusi penyerahan sumbangan barangan asas sempena ketibaan Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi.

Neelofa menghulurkan bantuan menerusi jenama fesyen miliknya, Naelofar dengan kerjasama Pertubuhan Kasih Neelofa

Pemberian sumbangan itu meliputi merangkumi pelbagai jenis barang dari barang keperluan harian seperti makanan, peralatan mandian, dan tudung eksklusif Naelofar agar semua keluarga dapat merayakan Hari Raya Haji dan merasai keindahan bersama.

“Wabak ini pasti meninggalkan kesan yang besar bagi kehidupan orang ramai, seperti kehilangan sumber pendapatan, dipotong gaji, dan ada yang tidak mampu menyediakan keperluan untuk keluarga.

“Kita berharap sedikit sebanyak bantuan yang diberikan ini dapat memberikan senyuman pada mereka di Hari Raya Aidil-Adha nanti,” kata Neelofa.

Pelancaran program bantuan ini dilakukan di hadapan butik Naelofar baru-baru ini dan ia dijayakan dengan kehadiran pendakwah selebriti merangkap suami Neelofa, Haris Ismail selaku wakil dari pihak Pertubuhan Kasih Neelofa, dan wakil dari pihak Naelofar, Mohamed Aqief Mohd Noor.

“Melalui gerakan bendera putih yang dibuat oleh rakyat, kami terpanggil untuk turut sama membantu rakyat yang terjejas akibat pandemik ini.

“Melalui kempen ini, kami berharap semua orang dapat menikmati perayaan Hari Raya Haji tidak kira apa keadaannya,” kata Pengarah Urusan Naelofar, Mohamed Aqief Mohd Noor.

Sumbangan ini dijalankan melalui penghantar makanan dan barangan, Lalamove yang akan membantu untuk mengagihkan bantuan tersebut kepada yang berkenaan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 12 Oct 2022
Trending Mon, 26 Aug 2019

This New Technology Platform by EFFRO Just Revolutionized Malaysian’s Events Industry!

A breathe of fresh air in the nation’s events hiring industry!

Trending Mon, 23 Mar 2020
Featured Fri, 9 Sep 2022

Netizen Dakwa Video Tular Dedah Wajah Bilal, Ini Respons Neelofa

Pelanduk dua serupa kot ni? Hihi ☺️ Ramai tak sabar nak tengok muka comel Bilal kannn 🤪

Hiburan Thu, 15 Feb 2024
Trending Tue, 7 Apr 2020

“Saya Tahu Ucapan Saya Jadi Lagu Rap, Kayuh Basikal Dalam Rumah Dan Trend Pakai Baju Kelawar Isteri” PM Akui Ianya Luar Biasa!

Rakyat Malaysia teruja dengan ucapan PM kali ni! Kalau semalam Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempat berseloroh dalam ucapannya mengenai aktiviti yang dilakukan oleh rakyat Malaysia sepanjang tempoh PKP. Malah, PM juga sempat memberitahu […]