Trending By: Padin June 11, 2021 @ 2:04pm

Beri Nafas Baru ‘Kabut Serangkai Mawar’, Mafarikha Nyanyi Semula Lagu Zaiton Sameon

Penyanyi Mafarikha kini muncul dengan lagu Kabut Serangkai Mawar yang diberikan nafas baru.

Buat kolaborasi pertama antara syarikat rakaman Luncai Emas dan Mafarikha, lagu malar segar nyanyian Zaiton Sameon itu telah dipilih untuk digubah semula dan dijadikan sebagai sebuah ʻremakeʼ.

Dengan lontaran suaranya yang lantang dan kebolehannya untuk menyampaikan emosi dan jiwa yang merinding seiring nyanyian, dipersetujui bahawa Mafarikha adalah calon yang terbaik untuk melunaskan Kabut Serangkai Mawar 2021.

“Penjiwaan untuk menyampaikan lagu ini datang daripada pengalaman hidup yang saya jarang berkongsi. Bila kita gembira, kita akan enjoy menyanyikan lagu ini, tapi bila kita sedih, kita akan fahamkan lirik.

“Saya fahamkan lirik dan buat sedikit kajian tentang lagu ini, kebetulan lebih kurang dengan situasi yang saya pernah lalui.

“Kalau nak ikutkan, ini antara lagu paling susah saya pernah nyanyikan kerana bila tempo sudah di turunkan, saya kena sustain note lebih lama. Saya harap orang ramai memberikan sokongan terhadap versi 2021 ini,” katanya.

Dalam pada itu, bekas bintang Vokal Bukan Sekadar Rupa dan Lagu Cita Kita 2 ini juga mengakui pada awalnya, dia berasa takut untuk menyampaikan karya ciptaan Datuk M. Nasir ini.

“Antara perkara yang saya paling risau ialah untuk menyanyikan lagu ini secara live sampai habis. Selain daripada itu, saya mengambil tempoh yang lebih panjang untuk rakam lagu ini berbanding lagu yang pernah saya nyanyi sebelum ini untuk mendapatkan notes dan phrase yang terbaik.

“Zaiton Sameon adalah seorang ‘legend’. Kalau nak cakap minat, mak saya lagi minat dengan Zaiton Sameon. Menaruh Harapan memang antara lagu kegemaran di zaman mak-mak kita dahulu. Daripada situ, saya tahu tentang Zaiton Sameon. Saya belum pernah berjumpa dengannya tetapi filem Zaiton Ceritaku adalah antara cerita yang saya paling suka,” katanya lagi.

Untuk mencapai kualiti lagu yang diinginkan, produser berkaliber Ashraf Aasimudin telah dipilih khas oleh Mafarikha untuk menjadi produser kepada lagu Kabut Serangkai Mawar 2021.

Dengan kerjasama ahli-ahli Luncai Emas yang penuh bakat dan tunjuk ajar sifu Datuk M Nasir, gubahan baru ini telah berjaya dijadikan sebuah ʻmasterpieceʼ.

“Mafarikha telah membawa lagu itu ke tahap yang tersendiri. Saya melihat suaranya sedap dan unik. Selepas ini, saya akan cuba membuat lagu-lagu baru yang sesuai untuk Mafarikha,” kata M. Nasir.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 12 May 2023
Trending Wed, 15 May 2019

Biadap! Remaja Bersikap Kurang Ajar Tolak Motosikal Pak Cik Tua Kini Viral Di Twitter

Kurang ajar! Bayangkan kalau situasi ini berlaku kepada ayah kita sendiri..

Hiburan Tue, 29 Aug 2023
Featured Thu, 6 Apr 2023

Isteri Lan Solo Dedah Suami Pernah Terima Payment ‘Ghaib’ – “Janji Lepas Show, Sekali Dapat Cek Tendang!”

Asam garam dalam dunia hiburan? Hmmm.. Dari 2011 katanya tak dapat payment 😣😣

Hiburan Tue, 16 Jan 2024
Hiburan Mon, 27 Mar 2023
Hiburan Thu, 21 Dec 2023