Categories: Trending

Berjaya Turun 20 KG Selepas Lahirkan Anak Kedua, Siti Nurhaliza Target Nak Hilangkan Lagi 10 KG

Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza berjaya menurunkan berat badan sebanyak 20 kilogram (kg) selepas selamat melahirkan anak keduanya, Muhammad Afwa pada 19 April lalu.

Kini, Siti meletakkan sasaran untuk menurunkan lagi 10 kg untuk mendapatkan berat badan ideal.

“Ketika sarat hamil, berat badan saya cecah 92 kg. Alhamdulillah, selepas melahirkan Afwa sehingga sekarang, saya berjaya turun sebanyak 20 kg.

“Selepas bersalin, ramai wanita yang senang nak turunkan berat badan. Tapi, saya pula sebaliknya. Saya kini sedang berusaha untuk turunkan lagi berat badan sebanyal 10 kg untuk mencapat berat ideal, 60 kg,” katanya.

Memberikan tumpuan terhadap anak keduanya, Siti juga berkongsi kisah anak sulungnya, Siti Aafiyah.

“Aafiyah sangat sayangkan adiknya. Kadang-kadang, ada terbit cemburu juga kerana saya lebihkan masa terhadap Afwa… Biasalah, budak-budak kan.

“Setiap pagi selepas bangun tidur, Aafiyah akan mencari adiknya dahulu. Dia mencium dan bermain dengan adiknya setiap hari,” katanya lagi.

Siti berkata demikian di majlis sambutan Aidiladha BeauRaya secara virtual anjuran jenama kecantikan miliknya, BeauSiti baru-baru itu.

Selain Siti, majlis yang menghimpunkan kehadiran pengguna bertuah jenama terbabit turut dihadiri oleh wajah BeauSiti lain seperti Nabila Razali, Hawa Rizwana dan Izara Aishah.

Padin