Trending By: Ad Ops November 16, 2018 @ 11:00am

Bermula 2019, Semua Bayi Sarawak Akan Menerima RM1,000 Tanpa Mengira Tempat Kelahirannya!

Jika anda berasal daripada Sarawak dan akan menimang cahaya mata tak lama lagi, ada berita yang menggembirakan untuk anda!

Ketua Menteri Datuk Patingggi Abang Johari Tun Openg baru saja mengumumkan, tak kiralah di mana anak anda dilahirkan pun, setiap bayi orang Sarawak akan diberi insentif RM1,000, menurut laporan Utusan Borneo.  

Wah, untungnya!

Foto: stocksy.com

Tujuan insentif ini disediakan adalah untuk menggalakkan orang Sarawak untuk melahirkan lebih ramai anak, tanpa mengira jika mereka dilahirkan di negeri lain.

“Dari 1 Januari 2019, semua bayi baru dari Sarawak tidak kira bangsa, agama atau status sosial akan layak untuk menerima insentif bernilai RM1,000,” kata Abang Johari, yang juga merupakan Menteri Kewangan dan Perancangan Ekonomi Sarawak.

“Wang ini akan diberikan boleh menjadi sebuah pelaburan dan hanya boleh dibawa keluar apabila penerimanya berumur 18 tahun dengan niat untuk melanjutkan pelajaran.”

Oh, jadi ibu bapanya tak bolehlah tersilap guna duit itu untuk benda lain. Bagus idea ini!

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

“Saya memperkenalkan idea ini untuk menggalakkan orang Sarawak untuk ada lebih ramai anak, supaya mereka membesar dengan kuat dan cerdik bagi mempertahankan hak negeri ini pada masa hadapan,” tambahnya lagi.

Sumber: World Of Buzz

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 26 Nov 2020
Featured Mon, 8 May 2023
Trending Thu, 26 May 2022

Ratu Elizabeth Cari ‘Bibik’, Dibayar RM43 Sejam

Ratu Elizabeth mengiklankan kerja kosong untuk mencari pembantu rumah.

Trending Wed, 21 Apr 2021

Ibu, Bapa & 4 Anggota Keluarga Deen Hot FM Positif Covid-19

Ibu bapa dan empat anggota keluarga penyampai radio Hot FM, Deen disahkan positif Covid-19. Menurut Deen atau nama sebenarnya, Nordin Madian, 33, ahli keluarganya yang tinggal di Miri, Sarawak kini sedang mendapat rawatan. “Saya baru […]

Trending Tue, 28 Jun 2022

“Tiada Rezeki Anak, Allah Beri Rezeki Lain” – Beto Khusyairi Akur Masih Belum Dikurniakan Zuriat

Beto Khusyairi akur dengan takdir Tuhan belum dikurniakan zuriat.