Trending By: Padin January 2, 2021 @ 2:42pm

Bernikah Dengan Ahli Perniagaan, Nafiz Muaz Selamat Bergelar Suami

Dengan sekali lafaz, pelakon kelahiran Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL), Nafiz Muaz, 22, selamat bernikah dengan ahli perniagaan Diyana Omar, 29, pada jam 11.33 pagi tadi.

Nafiz dan isteri yang saling mengenali sejak tiga tahun lalu itu sah bergelar suami isteri dalam satu majlis kecil di sebuah hotel selepas dua kali menunda tarikh pernikahan.

Pasangan itu dinikahkan bapa pengantin perempuan, Datuk Seri Omar Ahmad dan disaksikan kira-kira 100 orang tetamu.

Nafiz menyerahkan wang hantaran berjumlah RM30,000, mas kahwin RM1,001 dan lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pengantin perempuan.

“Perancangan awal kami sepatutnya sejak Ogos 2020. Dek situasi semasa pandemik COVID-19 dan beberapa kekangan lain, kami anjak pula ke Disember. 

“Akhirnya, saya dan isteri tidak boleh berkompromi lagi dalam hal menangguhkan majlis kahwin ini. Maka kami nekad memilih tanggal 2 Januari 2021 sebagai saksi hari bersejarah.

“Biarpun berlangsung dalam suasana norma baharu selain mematuhi prosedur operasi standard (SOP), kami akur dengan ujian yang melanda dunia ini,” katanya.

Mengenai isterinya, Nafiz cukup selesa mengenali wanita berambut panjang itu.

“Lebih utama dia sangat memahami saya. Kami masing masing terbuka dalam banyak perkara.

“Insya-Allah kami akan sama sama melayari bahtera perkahwinan ini dengan penuh tanggungjawab. Semoga Allah mempermudahkan rencana hidup baru kami ini,” katanya.

Nafiz atau nama penuhnya, Muhd Nafiz Muaz Mat Nasir memaklumkan yang mereka akan diraikan dalam satu majlis resepsi pada 21 Januari ini.

Malah, pada bulan Februari pula, majlis bertandang akan diadakan di Sungai Petani.

Mengenai anak, masing masing tidak menolak rezeki jika dikurniakannya dalam masa terdekat.

Mengenai bulan madu, pasangan ini belum merancang lagi ke mana-mana destinasi kerana Nafiz sendiri akan mula menjalani penggambaran sebuah drama bermula Rabu ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 27 Sep 2022

“Rasa Nak Muntah, Ada Masalah Hati…” – Stacy Tegur Individu Dalam Industri Tak Matang… Siapa Tu?

Alamak, apa kes ni? 🫢 Jarang jarang min tengok Stacy marah ni 😰 Apapun, moga dipermudah segala urusan 😊

Featured Thu, 22 Dec 2022
Ijab & Kabul Sat, 18 Nov 2023
Hiburan Wed, 8 Nov 2023
Hiburan Wed, 22 Jun 2022
Hiburan Wed, 1 Sep 2021

31 Anak Seni Bangkit Bersatu Dalam Kempen #RISEandUNITE

#RISEandUNITE, Bangkit dan Bersatu merupakan satu kempen bertujuan untuk menyemarakkan semangat kemerdekaan serta sinar ke dalam jiwa rakyat Malaysia. Kempen ini juga adalah untuk memupuk rakyat agar bangkit untuk membela dan mengejar kejayaan, bersatu tanpa […]

Hiburan Tue, 26 Dec 2023
Trending Thu, 15 Aug 2019