Trending By: Ad Ops August 1, 2018 @ 6:00pm

Beyoncé Kongsi Gambar ‘Rare’ Anak Kembarnya, Comel Sangat!

Kalau anda ikuti perkembangan hidup Beyoncé Knowles dan suaminya rapper Jay-Z, anda mesti perasan yang selama ini dia hanya kongsikan gambar anak sulung mereka, Blue Ivy menerusi media sosial.

Yalah, si cilik yang berumur 6 tahun ini pun macam dah menunjukkan ciri-ciri selebriti seperti ibunya. Mestilah bangga!

Tapi anak kembar pasangan ini, iaitu Rumi dan Sir yang baru berumur 13 bulan, jarang sekali nak nampak batang hidung mereka, kan?

Melalui Instagramnya, Beyoncé pernah kongsikan gambar mereka sekali saja kepada public. Ketika itu mereka baru mencecah umur sebulan.

Tengoklah! Berwarna-warni! Queen B kita pun nampak gorgeous!

 

Sir Carter and Rumi 1 month today. ??❤️??????????

A post shared by Beyoncé (@beyonce) on

Selepas itu, tak ada langsung gambar mereka (gambar paparazzi adalah) sampailah minggu lalu di mana Beyoncé memberi peminat sebuah gambaran ke kehidupan peribadinya.

Menerusi laman webnya beyonce.com, Beyoncé telah memuatnaik sebuah foto baru yang menampilkan Sir dan Rumi Carter. Adorable sangat!

Penyanyi ini kelihatan gembira dengan anak kembarnya di riba. Rumi (kanan) juga tersenyum riang, tapi Sir nampak lebih serius.

Nampaknya Beyoncé dan Jay-Z sedang berehat setelah menamatkan siri jelajah konsert On The Run II mereka di Eropah. 

Untuk celebrate, mereka sekeluarga nampaknya telah bercuti di atas sebuah yacht. Wow! Tak mainlah kalau bercuti di tepi pantai saja! 

Pasangan ini juga memuat naik gambar Jay-Z bersama Rumi. Alahai comelnya! 

Lihat juga gambar-gambar lain yang dikongsikan:

Seterusnya untuk On The Run II Tour adalah lokasi di Amerika Utara, bermula dengan Washington, D.C. pada Sabtu ini.

Sumber: E! Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 15 Jun 2023

Terimbau Segala Kesalahan Ketika Berlakon Kisah Keluarga, Aliff Aziz Mesej Ibu Minta Maaf – “Doa For Me Umi”

Setiap orang ada kekhilafan sendiri 😊 Bagus Aliff dah sedar segalanya ❤️

Hiburan Tue, 24 Oct 2023
Featured Tue, 2 May 2023