Categories: Trending

Biadap! Remaja Bersikap Kurang Ajar Tolak Motosikal Pak Cik Tua Kini Viral Di Twitter

Biadap! itulah perkataan yang sesuai diberikan kepada 4 kumpulan remaja  apabila sebuah video mereka bersikap kurang ajar dan membuli seorang pak cik tua kini viral di Twitter.

Dalam sebuah rakaman video, seorang remaja lelaki dilihat sengaja duduk di atas motosikal lelaki tua terbabit sebelum bertindak sengaja menjatuhkan motosikal beliau. 

Kejadian yang dipercayai berlaku di Sijangkang Selangor itu menunjukkan sekumpulan 4 remaja tersebut menganiya seorang lelaki tua dengan menjatuhkan motosikal beliau dan membaling kepingan kertas di muka. Sungguh kurang ajar!

 sumber:https://twitter.com/hilmizln

Namun, apa yang lebih mengej utkan, selepas insiden itu orang kampung beramai-ramai menangkap 4 remaja terbabit dan memberikan tazkirah sebelum menyerahkan mereka ke balai polis. Ha kan dah mendapat!

“hmm. Sedih aku tengok pak cik tu kau buat macam tu”

Tweet tersebut telah menerima 22k tweets sehingga kini dan rata-rata netizen meluahkan perasaaan sedih dan marah mereka kerana melihat pak cik tua diperlakukan seperti itu.

 

 

Boleh tahan juga komen-komen netizen yang panas hati dengan sikap kurang ajar remaja itu. Bayangkan kalau situasi ini berlaku kepada ayah kita sendiri. Siapa je yang tak geram kan?

Semoga situasi ini memberikan pengajaran buat kita semua untuk menghormati orang yang lebih tua. Jangan jadi seperti remaja rempit atau tik tok ye guys yang sama sekali tidak mempunyai akal fikiran dan perasaan. Manusia kalau tak ada otak, sama la martabatnya seperti binatang. Selamat berpuasa!

 

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”