Trending By: Padin October 19, 2020 @ 6:49pm

“Biar Berat, Saya Anggap Vokal Mania Sebagai…” – Akui Pandemik Covid-19 Beri Kesan, Indah Ruhaila Enggan Memilih

Penyanyi Indah Ruhaila mengakui wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia memberi impak kepada semua golongan, termasuklah selebriti sepertinya.

Menurut penyanyi yang terkenal dengan lagu Percayalah ini, dia enggan memilih dan mengambil peluang yang terhidang di hadapan mata.

Tawaran tak serancak dahulu.

“Saya bersyukur tawaran nyanyian itu masih ada biarpun tidak serancak dahulu. Wabak ini bukan sahaja membahayakan kesihatan, ia juga memberi kesan kepada kehidupan semua orang. Penyanyi seperti saya juga tidak terkecuali.

“Saya kini enggan bersifat memilih. Saya tak mahu mensia-siakan peluang yang ada. Bila ada tawaran menyanyi atau menjayakan mana-mana program, saya anggap itu sebagai satu rezeki dan penghargaan. Alhamdulillah,” katanya.

Indah ditemubual ketika siding media virtual program realiti terbaru, Vokal Mania TV3 yang diadakan pada Ahad.

Vokal Mania akan bersiaran secara langsung bersama Datuk AC Mizal selaku hos utama dan Azira Shafinaz selaku hos bersama, sepanjang sembilan episod pada setiap hari Sabtu, jam 9.00 malam hingga 10.30 malam bermula 24 Oktober 2020.

Dalam pada itu, Indah menganggap penyertaannya dalam program ini sebagai Idol adalah satu tanggungjawab berat.

Vokal Mania tanggungjawab berat.

“Bila ditawarkan jadi Idol disamping tiga penyanyi lain, saya rasa terkejut tetapi bersyukur kerana pihak stesen televisyen masih lagi mengingati saya. Saya tak mahu bersikap memilih dan terus menyatakan persetujuan.

“Sejujurnya, ia merupakan tanggungjawab yang berat. Biar berat, saya anggap Vokal Mania sebagai salah satu platform untuk saya mencabar diri dan menonjolkan bakat. Saya harus bersikap kreatif dan memberikan persembahan terbaik saban minggu,” katanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Wafariena, Afieq, Nursyafiq & 21 Bakat Baru Lain Cabar Aina, Indah, Lan & Tomok Dalam Vokal Mania

Selain Indah, tiga lagi penyanyi yang bakal bergelar Idol dalam Vokal Mania ialah Aina Abdul, Tomok dan Lan Solo.

https://www.instagram.com/p/CGeRZs-ncDn/?utm_source=ig_embed

Penganjuran Vokal Mania sedikit berbeza dengan program realiti lain kerana 24 orang penyanyi amatur (dikenali Rookie) akan bertanding dengan empat penyanyi profesional (dikenali Idol) dan berpengalaman.

Format program ini sedikit berbeza dengan program realiti lain kerana 24 orang penyanyi amatur (Rookie) akan bertanding dengan empat orang penyanyi profesional (Idol) dan berpengalaman.

Setiap persembahan penyanyi (profesional dan amatur) akan dinilai 100 peratus oleh Misha Omar dan Yusry Abdul Halim selaku juri tetap.

Walaubagaimanapun, penonton di rumah boleh mengundi Rookie untuk anugerah ‘Rookie Star Award’ dalam setiap episod melalui www.xtra.com.my/vokalmania.

Peratusan undian Rookie Star Award adalah 70 peratus daripada undian awam, dan 30 peratus daripada penilaian juri tetap.

Kesemua Rookie ini akan dibahagikan kepada enam episod di mana setiap episod akan memperlihatkan seramai empat orang Rookie membuat persembahan dan berentap dengan keempat-empat Idol secara solo dan duet demi mengumpul mata.

Hadiah wang tunai berjumlah RM1,000 menanti setiap Rookie yang berjaya menewaskan Idol masing-masing dalam setiap pertarungan.

Pada pentas akhir nanti, hanya 1 Idol dan 1 Rookie akan dinobatkan sebagai juara bagi kategori masing-masing.

Siapakah yang akan memenangi sejumlah wang daripada hadiah wang tunai berjumlah RM80,000? Jangan lupa saksikan Vokal Mania setiap hari Sabtu, pada pukul 9 malam, di TV3!

Vokal Mania ini juga boleh ditonton strim langsung secara HD di YouTube TV3 Malaysia dan tonton.com.my. Layari www.xtra.com.my dan laman media sosial TV3 Malaysia untuk info lanjut.

Rancakkan perbualan di media sosial dengan menggunakan tanda pagar #vokalmania.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 26 Mar 2019

冰岛小镇「 3D 斑马人行穿越道」势必让高速行驶车辆都减速

在冰岛里的小渔村,有一项令人兴奋的道路安全设计!

Trending Tue, 19 Jan 2021

Geran Khas Prihatin Tambahan RM 1,000 Dan RM 500 Kepada..

Wah, inisiatif terbaik untuk membantu golongan PKS!

Trending Fri, 12 Jun 2020
Trending Fri, 9 Apr 2021

Cipta Sejarah Baru, K-Clique Jalin Kolaborasi Dengan…

Sejarah baru tercipta apabila kumpulan popular, K-Clique, kini menjalin kerjasama dengan syarikat jenama tempatan yang semakin meningkat naik iaitu Todak. K-Clique, kumpulan hip hop Malaysia yang dianggotai oleh lapan orang anak muda dari Kota Kinabalu, […]

Trending Mon, 12 Oct 2020

Frontliners Di Sabah Kini Capai Tahap Kritikal – KKM

Jangan lalai dan malas patuh SOP!

Trending Tue, 17 Dec 2019

Kerana PUBG, Lelaki Maut Dipercayai Terminum Sabun Basuh Baju

Terminum Sabun Basuh Baju Disangka Air Minuman

Trending Wed, 1 Aug 2018

Angka Meningkat, Penduduk Malaysia Kini 32.4 Juta

Penduduk lelaki 2018 melebihi penduduk perempuan iaitu masing-masing 16.7 juta (lelaki) dan 15.7 juta (perempuan). Nisbah jantina bagi 2018 kekal pada 107 lelaki bagi setiap 100 perempuan berbanding 2017.

Trending Fri, 23 Jul 2021
Trending Fri, 16 Aug 2019

This Model is So Ridiculously Perfect that It’s Becoming Disturbing!

Before we start anything, just take a look at these shots!       View this post on Instagram     Shudu X @wwd X @itsclo3d . . Styled by @thealexbadia Dress by @thegreateros_ Article […]

| Live TV